Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Ramadhan Datang Lagi


Salam Ramadhan Al Mubarrak kepada semua,

Alhamdulillah, tahun ni dapat kita sekali lagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Semoga semua amalan, sedekah jariah dan pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan dan pahala yang berganda.

Kepada customer DST, tempahan di buka seperti biasa. Cuma kali ni DST tak buat biskut raya sebab kekalutan kerja dan pertambahan ahli keluarga yang tenit ni, maka tak menang tangan lah kalau nak ambil tempahan biskut. 

Anyway, selamat berpuasa kepada semua dan jangan lupa baca niat puasa ya....:)




Selamat Tahun Baru

Salam semua,

Rasanya tak terlambat lagi nak ucap selamat tahun baru 2013. Semakin duinia menganjak usia, semakin pantas rasanya masa berlalu kan. Apa pun, semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ni kita semua akan lebih produktif dalam apa jua yang kita usahakan, InsyaAllah.

As for me, my new year was celebrated with our new bundle of joy :)





Last Wrap Up

Salam semua,

I guess this will be my last update for this year as I am going to deliver the forth addition in the family in no time cewah...macam dah tau je bila nak beranak. Actually masuk minggu ni dah kira seminngu overdue tapi still berlagak macam biasa sebab memang dah terbiasa bebudak ni semua jenis yang suka nau duduk dalam perut ni walaupun dah sepatutnya keluar.

Anyway, tak kisah lah lambat atau cepat, yang penting kitorang berdua ni selamat dan sihat2 hendaknya, InsyaAllah.

Kepada yang berhajat nak mengorder tu kenalah tunggu sampai ah kak habis pantang. Paling cepat pun mungkin dalam bulan Februari atau March baru lah kedai ni beroperasi semula ya.






Well this is my last DC for this year. Tengoklah kut ada lagi demam DC next year, boleh lah bukak order lagi.

Ok peeps..enjoy the sweet treat and till we meet again next year...InsyaAllah.


I'm Back


Salam semua,

Sorry for the looong silent. Bukannya tak nak hapdet tapi masa teramatlah mencemburui ah kak. I guess for the past month since Ramadhan till Aidilfitri, I have been super duper busy with the routine Ramadhan schedule, guests to entertain, then cooking and entertaining again for raya, not to mention still need to struggle with my dissertation yang tak tau hujung ke pangkal (Oh..hope I will pass the paper, InsyaAllah..Amin) and last but not least in the schedule is to do the packing (even though most of it was done by En. Hubby - thank goodness).

Now, the packing and unpacking is still a never ending stories. Even though dah menjejakkan kaki ke tanah air ku yang terchenta dan dah pun mula bertugas seperti biasa, tetapi barang2 yang di bawa balik dan barang2 yang tersimpan di dalam rumah masih belum berjaya di punggah sepenuhnya sebab kena tunggu pulak En. Hubby ada mood dan idea macam mana pulak nak menyusun barang yang dah sememangnya boleh di buat jualan gudang tu. Itupun belum kira barang yang sedang belayar merentas lautan sekarang ni yang mungkin bakal sampai dalam masa sebulan dua lagi ni.

Neway, sebolehnya tak nak pikir pasal rumah yang tunggang langgang buat masa ni sebab makin di fikir, makin berat rasanya perut ku ini...eh...macam ada kaitan pulak ek. Tapi memang ada kaitan pun, sebab ah kak sekarang ni dah semakin sarat membawa perut. Makin hari makin berat rasanya. Oh, by the way, this announcement is made specially to my friends and customers sebenarnya, bukanlah sesi untuk meluahkan perasaan hihi....Okie dokie, to those yang asyik duk tanya bila ah kak nak balik, ha sekarang ah kak kau ni dah balik dan kedai ah kak pun bakal beroperasi seperti biasa dalam waktu yang terdekat ini. Jadi kepada yang ingin membuat tempahan, bolehlah email di alamat email yang biasa (tiada sebarang perubahan) atau sms/call ah kak at 013 - 290 3555.




SALE!

Salam semua,

Lama betul tak bersiaran sekarang ni kan. Sejak kebelakangan ni suasana agak suam2 kuku sikit kat sini maybe sebab semua orang kebanyakannya samada tengah exam atau tengah bercuti dan bagi yang bekerja tu sibuklah dengan tugas masing2.

Ah kak pun baru je balik bercuti sempena Summer Holiday minggu lepas. 

Anyway, a very quick update. What I have here is a collection of Novelty Teapot that being sought after by most collectors and the good thing is it's all for sale. This novelty teapot is a pre-lived item but definitely in a very good condition. Please email me at mummymodern@yahoo.com or dalissashoppe@yahoo.com for the price and any other enquiry.  As for the jug and the cake decorating kit, it can be ordered at any time. I post worldwide.





















Enjoy peeps.

Selamat Hari Raya

Salam semua,

Kepada semua pelanggan, rakan dan taulan, Dalissa Sweet Treat mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. 

Di kesempatan ini juga ah kak memohon ampun dan maaf seandainya ada bicara yang terkhilaf dan perbuatan  yang menyinggung perasaan.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan bila ahkak balik ke tanah air ku yang terchenta...Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.



Ulang Tayang Lagi

 
Salam semua,

Sebelum terlambat walaupun dah lambat sebenarnya tapi nak jugak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa lah ye. 

Entry kali ni sebenarnya merupakan ulang tayang pengumuman yang dah kali ke berapa pun tak ingat. Bukan saja suka-suka nak buat ulang tayang tapi mungkin ramai yang masih tak perasan kut, jadi terpaksalah di ulang tayang banyak-banyak kali.

Untuk kesekian kali nak announce yang Dalissa Sweet Treat sudah denga rasminya menutup operasi sejak bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Bukan sebab bulan puasa je tapi sebab ah kak dah nak gi sambung belajar nun jauh di negara atas angin. Jadi memandangkan ah kak nak gi belayar jauh, maka tak dapek ler nak memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya sentiasa menelefon dan meng'sms' tanya masih boleh ambik order ke tidak. 

Jauh di sudut hati ini...hee....memang tak sampai hati nak hampakan permintaan pelanggan yang setia menyokong bisnes kecil-kecilan ah kak ni tapi apakan daya...barang-barang sedang dalam proses pembungkusan ye dik non..maka tak dapek ler nak nolong nye.

Jadi kepada semua kengkawan, customer2 dan bakal2 customer, kalau nak order juga kenalah tunggu ah kak balik ke tanah airku yang terchenta ini tahun depan, tapi kedai akan dibuka semula tahun 2013 InsyaAllah.

So uolls, akhir kalam Dalissa Sweet Treat mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang pernah singgah kat kedai kecik ah kak ni. Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang kepada semua umat Islam dan sehingga kita berjumpa lagi. Sebelum berpisah..sob..sob..kita layan je lah gambo2 ni....










Calling for Pavlova

Salam semua,

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN...

Ada sesapa nak chip in Pavlova this Friday?? Ada 1 more available. SMS or email me yeah...TQ...

STATUS TERKINI : SUDAH DIBORONG SEMUA YA..TQ.

Siaran Ulangan



Salam semua,

Wah...macam baru je hari tu cakap kita baru menjejakkan kaki ke bulan Jun, tup2 dah nak dekat akhir bulan dah.

Neway, hari ni tak de entry menyiksa jiwa dengan gambar makanan tapi just nak buat siaran ulangan. Untuk semua yang dah jadi customer atau yang baru nak jadi, just to inform yang kedai ini akan ditutup mulai bulan OGOS 2011 sehingga DISEMBER 2012. Maknanya last order adalah pada akhir bulan JULAI sahaja yakni bulan depan ye. Bulan Ogos tu kita dah start puasakan, jadi kena lah bagi laluan pada orang2 yang berpuasa supaya tak tertelan air liur je di siang hari sebab menenang gambar kek je kan..hee....

Ok, tak payah betulkan skrin, memang betul kedai ni kena tutup selama setahun lebih untuk memberi laluan pada ah kak yang nak gi sambung belajar lagi ni. Ah kak ni nak gi belajar kat UK nun, bukan UKM taw. Kalau UKM ai bukak luas2 kedai ni, tapi nun ke United Kingdom makanya takkanlah nak mengangkut segala oven bagai kan.

Pada semua, semoga kita akan bertemu lagi tahun 2013 ya. InsyaAllah, kalau ada umur panjang dan kalau masih ada permintaan, ai akan beroperasi semula macam biasa. Ish...feeling sedey plak pepagi ni..oh la Seth Tan...eh..hee..tak habis2 demam Nora Elena....:)



Menghitung Hari




Salam semua,

Hari ni kira dah 3 hari kita jejak kaki ke bulan Jun kan. Maknanya 3 bulan dari sekarang aku sekeluarga akan berangkat ke angkasa lepas...he....ingat aku angkasawan ke? Seakansawan boleh ler....Kira 3 bulan lagi aku sekeluarga akan ke kota London selama setahun sebab aku gatai nak sambung belajar lagi. Itu pun kalau semuanya clear da water lah kat sini.

Kira dalam tempoh bertenang tu, kedai ni akan di tutup melainkan akak nak buat bisnes jual kek pulak kat London nanti..macam lah banyak sangat masa...

Sepanjang penutupan kedai ini sebarang update masih boleh diintai di SINI mahunpun di SINI. Kut2 lah rindu ker...macamlah ramai sangat nak rindu kat aku kan..hee..

Neway, lagi 3 bulan nanti kita nangis lah ramai2 yer. Hari ni just nak update yang order untuk bulan 6 ni :-

1. 6-10 Jun - FULL HOUSE SUDA....
2. 14 - 18 Jun - FULLY BOOKED SUDA....

Lain-lain date masih di buka untuk sbarang penyertaan..he...Tq uolls....


Cukup Sampai Disini






Salam semua,

Nak buat pengumuman sikit, di sebabkan kesibukan akak yang agak melampau akhir-akhir ini maka aktiviti membakar macaroon dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada akak ko ni yang nak menjawab kuiz lah, exam lah, assignmentlah dan macam-macam lagi lah. Aktiviti memacaroon ni akan di sambung semula selepas 1 April 2011. 

Untuk sebarang tempahan kek, cupcake dan yang sewaktu dengannya kalau boleh inform seminggu sebelum ya, kalau tak, tak dapek ler nak nolongnye walau macam mana pun dikau merayu. Satu lagi, yang ini sebenarnya malas dah nak bagi tau tapi kena gak ingatkan sekali lagi kepada sesapa yang dah order tapi tetiba nak cancel, TOLONGLAH cancel at least 3-4 hari sebelum yakni sebelum akak ni bersilat di dapur bagai nak rak tiba hari kejadian sonyap je.

Kepada yang berperangai gitew, sebarang pertanyaan atau tempahan anda tidak lah akan di layan lagi ye sebab akak ko tak mintak deposit pun, semuanya in good faith je ni. Ok semua, salam ceria...cewah..masih sempat gitew.

Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4. Whoa!

 

 



Kiut ke Toyol itu?

Jeng..jeng..jeng...

Dengan rasminya nak announce blog ni dah ada pengikut yang ke 250 dan pengikut bertuah itew ialah....
.
.
.
.
.
.
Toyol Kiut...eh, seram lah nama ko dik oi.

Apa2 pun, sila tunggu hadiah misteri anda ya...tunggu!!


Dah Nak Sampai Lah

Nak sampai ke mana? Hehe..tak  ke mana-mana pun.

Ni ha, angka follower tu dah nak sampai ke angka 250. Hari tu kan dah janji nak bagi hadiah istimewa kepada follower yang ke 250. So sapa lah yang bertuah tu ya. Mana lah tau kut2 dapat macaroon free ke kan...

Hari Ahad Saje Ye


Salam semua,

Tak sempat-sempat nak hapdet blog ni dek kesibukan gi berkursus. Anyway, just a short announcement kepada yang nak mengorder macaroon, atas sebab-sebab kesempitan hidup eh masa, maka macaroon hanya boleh di order untuk di collect pada setiap hari Ahad sahaja dan setiap slot cuma 4 order sahaja yang dapat dilayan dengan minimum pembelian sebanyak 25 bijik. Jadi, kalau tak nak terlepas bot, silalah melapor diri di kaunter pendaftaran di mummymodern@yahoo.com atau sms @0132336336. Sebarang kesulitan teramatlah dikesali ye. Tq.





Macaron oh Macaron



Macaroon..oh..macaroon. Memang tak puas lah makan macaroon ni. Kepada yang tak pernah rasa, macaroon ni rasanya crispy kat luar, chewy bila di gigit dan manis-manis gitew.

Kali ni buat vanilla macaroon dengan peanut butter filling.
Btw, ada extra 1 box of 36 pc kalau ada sesiapa yang nak ya. Kalau berminat just sms me and boleh collect kat Putrajaya or Kajang.


Related Posts with Thumbnails