Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Hijabistamag Fashion Swap Event

Salam semua,

Huhu...nampaknya makin semput blog ni tak berupdate. Maklumlah, tangan ngan kaki ada dua je, tapi kerjanya kena multiply 88 kali makanya memang tak dapatlah nak update setiap minggu.

Anyway, kalau cerita pasal busy ni macam lah ai sorang je yang busy kan, padahal PM lagi busy dari ai kan..tetiba...hokay, just nak share entry tertangguh ni.

Ini dessert table setting untuk majlis Fashion Swap majalah Hijabistamag dekat Life Centre 25 Januari lepas. Setting ni untuk 150 jemputan, so boleh bayangkan lah macam mana kalut nak menyiapkan semua dessert ni siap dengan deco bagai. Ai dah lah tak de assistant, so memang terkangkang jugak ler nak menyiapkan semua ni di hari kejadian.

Alhamdulillah, walaupun cuma tidur 2 jam je hari tu, tapi semuanya selamat sampai habis majlis, semua food2 yang dibawak licin.


Gigih betul nak menyiapkan ballerina cupcake topper ni. 


Terima kasih lah pada Hijabistamag yang bagi peluang pada ai untuk setting their dessert table on that day.

Hana Marissa 1st Birthday

Salam bersiaran dan selamat tahun baru 2014.

Tu dia, tahun baru dah nak masuk akhir bulan baru nak ucap Selamat Tahun Baru. Anway, the thought that counts right?? Ececeh, sebenarnya ingat nak wish tapi TIME je yang ciput sangat nak update blog ni.


Ok lah, ni pun sebenarnya entry yang tertangguh-tangguh. My lil Hana Marissa 1st birthday celebration on 22nd December 2013. Actually birthday Marissa is on 21/12, tapi ramai aunty, uncle and cousins2 yang baru pulang dari Jakarta on that day so mintak delay ke esokkan harinya. So on the birth date, kitorang gi makan2 je. Hahaa...macam lah paham nau budak tenit tu kan, dia dapat gayut pun dah kira okay sebenarnya.


Ini ler tempat rasmi acara potong kek dan dessert table rumah kitorang nampaknya. Tiap kali brthday, ini lah tempatnya cuma tema dan setting je yang berbeza huhu...




Tema kali ni cupcake. Actually tak de preference pong sebab budak tenit ni cuma tau menyusu n makan je, so umi dia je lah yang sibuk buat tema sendiri.



Most of the labelling, tagging n deco aku buat sendiri. Cuma flagline, photo prop dan fridge magnet aku tempah kat Cuda.


Chocolate Indulgence Cake



Anyway, that's a wrap up for 2013 sebenarnya. This year start fresh pulak with hubby's birthday, Lissa, Dalea, Aliff, Me and Marissa again.



Sempena Birthday Tuan Tanah

Salam siaran semua,

Huhu..nak ucap selamat hari raya soheh tak sempat sebab raya pun dah habis kan. Neway..cepat semua kena ucap Selamat Hari Jadi kat tuan tanah..wakaka....

Okies, sempena hari jadi tuan tanah hari ni, tuan tanah dengan murah hati menghapdet blog sekali harung...haha..memang takde kaitan kan.

Enjoy the sweet treat peeps....!



Kek Lapis Asam Manis


Ini ler rupa kek berdosa (sinful) yang dah jadi kek berhantu (haunted) bak kata kawan cheq. Tapi mmg berantu pun, memula order 2, jadi 3, pastu 4, lepas ni 5, tiap2 minggu. Hihi...tq kepada semua yg mengorder. Rasanya dah berpuluh2 biji ah kak membuat kek ni setiap minggu.




 Kek Batik Marie Cheese



Order dr Tina - 3 biji kek berdosa dan m&m choc chip cookies.


 Moist Choc Cake
Another addictive choc chip cookies yang dah berbalang balang kena reproduce hihi..ty all.












Hantaran pakej

Snickers Cake

Last but not least Rainbow Cake with thomas theme.


Last Wrap Up

Salam semua,

I guess this will be my last update for this year as I am going to deliver the forth addition in the family in no time cewah...macam dah tau je bila nak beranak. Actually masuk minggu ni dah kira seminngu overdue tapi still berlagak macam biasa sebab memang dah terbiasa bebudak ni semua jenis yang suka nau duduk dalam perut ni walaupun dah sepatutnya keluar.

Anyway, tak kisah lah lambat atau cepat, yang penting kitorang berdua ni selamat dan sihat2 hendaknya, InsyaAllah.

Kepada yang berhajat nak mengorder tu kenalah tunggu sampai ah kak habis pantang. Paling cepat pun mungkin dalam bulan Februari atau March baru lah kedai ni beroperasi semula ya.






Well this is my last DC for this year. Tengoklah kut ada lagi demam DC next year, boleh lah bukak order lagi.

Ok peeps..enjoy the sweet treat and till we meet again next year...InsyaAllah.


Bila Tiba Musim Durian

Salam semua,

Sejak mula musim durian ni, permintaan untuk Durian Crepe ni pun makin menjadi2. Habis dengan ahkak2 sekali kena tempias, more or less kena paksa buat DC ni.

Bukanlah tak nak buat, tapi bila mengenang nak membuat kulit crepe yang banyak tu dan makan masa berejam2 berdiri, huh..memanglah agak mencabar di saat tengah sarat membawa perut ni tapi tak pe ahkak gagahkan jugak.

Btw, kali ni buat dua jenis filling. Yang kuning tu letak custard creme and durian dan yang putih hijau tu pakai whip cream and durian. Nampaknya sambutan untuk filling custard creme tu agak memberangsangkan sebab memang rasa macam makan ais krim vanilla ngan durian..hihi...




Kepada semua yang mengorder DC ni toche2 ya laling2 sekalian. kalau larat, ah kak bukak lah order lagi ek.





Last but not least, sempat jugak lah menyelit order snickers cheese cake and fruit tart ni untuk Amalina.  Enjoy the sweet treat peeps...



Related Posts with Thumbnails