Showing posts with label Whoopie Pie. Show all posts
Showing posts with label Whoopie Pie. Show all posts

Choc Chip Whoopie Pie with Strawberry Cream

Salam semua, 

Ok kita bersiaran lagi. Dah lama rasanya tak buat whoopie pie so kali ni akak buat choc chip whoopie pie with strawberry jam and cream plus fresh strawberry....haa...tu dia punyalah panjang namanya.


Actually memang banyak resipi whoopie pie ni kalau nak dicuba. Nak..nak kat UK ni memanglah berlambak2 resipi whoopie pie ni. Nantilah kita cuba satu persatu. Sekarang ni tekak asyik nak makan kuih melayu je :)





Neway, as usual kepada sesiapa yang nak mengorder, tunggulah ah kak balik next year year dik non..tata...titi..tutu...





Wordless Wednesday # 9



Penyakit Berjangkit

Salam semua,

Hee.....jangan risau, tak de sesapa yang terkena penyakit merbahaya, semuanya sihat2 belaka. Yang jadi penyakit berjangkit ni tak lain tak bukan kek pujaan hati ni lah. Memang dah jadi kepantangan rasanya, kalau buat sekali, esok lusa tulat tonggeng mesti ada yang nak order kek yang sama. Kisahnya dalam seminggu ni kira hampir setiap harilah ahkak membakar Snickers Cheesecake ni.


Neway, order kali ni dari Heliziana kakak kepada Iezma jiran setaman ku itew. She ordered Snickers Cheesecake jugak dan Chocolate Whoopie Pie nih. Tq Heliziana and Iezma for the order....hee..


Kelas Whoopie Pie

Akhirnya, setelah beberapa minggu ber sms dengan Kha ni, maka jadik jugak lah dia datang nak belajar buat Whoopie Pie ni. So modul kali ni Kha belajar buat Chocolate Whoopie Pie with Peanut Butter Filling dan Red Velvet Whoopie Pie with Cream Cheese Filling.

Kha ni student Master kat UPM and tengah cuti semester yang panjang. So masa terluang ni dia rajin lah jugak attend kelas2 baking membaking ni. Hmm..memang sesuai jadi calon menantu nih. Dia datang berteman tapi kawan dia duk lepak je lah. Nasib baik kelas ni tak lama macam kelas macaron.
As usual ni kira kelas teori dan praktikal, so semua kena buat sendiri. Cikgu tunjuk memula je.


Dah boleh senyum panjang hee :) Hilang semua penat. Lepas ni turn cikgunya pulak nak bersilat kat dapur nak memacaron pulak.


Red Velvet Whoppie Pie

 Salam semua,

Nothing much to write aor story mory today. Not in a stable condition sebab line celcom ada problem dari semalam....macam takde connection tapi....urgh...

Neway, semalam tergesa-gesa cari idea nak wat potluck untuk farewell my friend Intan. Dia tak lah pergi jauh pun, tukar setingkat je dari tempat asal. Since yang lain dah buat cheesecake dan cake , so aku watlah Red Velvet Whoppie Pie with Cream Cheese ni.


Permukaan kulit macam terkupas2 sebab kek ni very the moist tak macam choc whoppie pie biasa tu.

To Intan, good luck kat tempat baru. Intan memang boleh punyalah...hehe..caiyuk...


Mari Membalas Dendam











Salam semua,
Ini adalah episod membalas dendam lagi. Sejak berkursus hari tu, aktiviti memacaroon dan acara membakar obor yang lain semuanya terbantut. Geram jer bila tengok orang lain buat macaroon. Habis je kursus maka aktiviti memacaroon pun berlangsung. Hehe..pueh hati den. Anyway, macaroon ni semua dah bertuan ya, termasuklah whoopie pie itew. Next time nak cuba Swiss Meringue macaroon pulak lah. sebab akhir2 ni my Italian Meringue selalu semputlah...Tak pe kita tunggu kesudahannya...




Menunaikan Hasrat

Salam Isnin semua.

Memanglah Isnaini adalah hari yang paling mandom sekali dalam banyak2 hari. Aku pun agak mandom hari ni tapi ku gagahkan jugak kaki ni melangkah ke opis sebab nak hantar whoopie pie orang pregnant ni. Orang pregnant ni kita kena cepat2 tunaikan hasrat hati dia, takut meleleh ayaq liuq baby tu bila lahir nanti..hah..itu adalah antara kepercayaan atau kebolehpercayaan orang tua2 lah kan.

Anyway, whoopie pie ni order dari Batch Mate aku Siti yang tengah pregnant anak kedua.




Snickers Cheese Cake ni pulak saje buat kalerful sesuai ngan tema untuk Belated Birthday Geng Bas Sekolah aku Zura.


Berjangkit-Jangkit Pulak Ye

Nampaknya demam whoopie pie ni dah berjangkit pulak. Memula jiran sebelah, kali ni jiran seberang bilik pulak. Cuma kali ni whoopie pie ni jadi topsy turvy sebab traditional whoopie pie ni, cookies nya chocolate dan fillingnya samada cream cheese atau peanut butter. Tapi kali ni permintaan spesel Cik Aiyun, nak whoopie pie perisa strawberry dan peanut butter filling. Tak kisah lah, comel jugak jadinya, macam tuan yang order...



Kat bawah ni pulak, second round buat red velvet pop cake, cuma kali ni salut guna candy melts yang baru di restock. Baru puas hati den.




Mengintai Whoopie Pie Jiran Sebelah



Hi..hi..mana ada mengintai. Ni ha, jemput tengok peanut butter chocolate whoopie pie untuk jiran sebelah bilik ku Sal. Dah banyak kali buat whoopie pie ni tapi tak pernah sempat nak snap, asyik kena ngap je. Kali ni cepat2 snap sebelum hantar kat jiran sebelah. Thank you ye Sal.

MAD deal of the day - RM 8 for tropicalitea and large cookie at The Tea Republic!



Peanut Butter Chocolate Whoopie Pie

Salam to all,

Ha ni menu pencuci mulut untuk buka puasa hari ni. Creamy peanut butter with chocolate whoopie pie. Yummm..

Related Posts with Thumbnails