Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Baking Is Always Fun Class

Salam semua,

Okay, walaupun minggu lepas kira minggu yang agak padat dengan pelbagai acara kemasyarakatan tapi sempat jugak menyelit buat satu kelas yang masih juga padat atas permintaan.

Kelas kali ni student belajar buat Rainbow Lemon Cheesecake, Light Blueberry Cheese Cake dan Red Velvet Cake in Jar.



Ini lah rupa peserta yang ceria dengan hasil kejadian hari tu. THis class I called a fun class sebab walaupun padat, tapi still di buat secara santai. Semua orang sempat buat kek dengan jayanya, sempat makan, solat, susukan anak, tidurkan anak, mandikan anak pun sempat wakaka....Bukan apa, cik Yus ni dia bawa anaknya sekali masa kelas ni, so kenalah juggle between nak belajar and nak uruskan baby. Anyway, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Rainbow Lemon Cheesecake air tangan sendiri.

Light Blueberry Cheesecake

Last but not least, Red Velvet Cake in Jar.

Enjoy the pics peeps!....



Kelas Whoopie Pie

Akhirnya, setelah beberapa minggu ber sms dengan Kha ni, maka jadik jugak lah dia datang nak belajar buat Whoopie Pie ni. So modul kali ni Kha belajar buat Chocolate Whoopie Pie with Peanut Butter Filling dan Red Velvet Whoopie Pie with Cream Cheese Filling.

Kha ni student Master kat UPM and tengah cuti semester yang panjang. So masa terluang ni dia rajin lah jugak attend kelas2 baking membaking ni. Hmm..memang sesuai jadi calon menantu nih. Dia datang berteman tapi kawan dia duk lepak je lah. Nasib baik kelas ni tak lama macam kelas macaron.
As usual ni kira kelas teori dan praktikal, so semua kena buat sendiri. Cikgu tunjuk memula je.


Dah boleh senyum panjang hee :) Hilang semua penat. Lepas ni turn cikgunya pulak nak bersilat kat dapur nak memacaron pulak.


Macaron Class

Hari ni adalah nari sibuk sedunia bagi aku. Pagi petang sibuk. Pepagi aku dah keluar ke Subang sebab attend Fisher Price 'Power of Play' Parenting Workshop Press Conference. Cewah..aku bukanlah journalist tapi invited blogger je. Event start at 10 am sampai kul 12.00 tgh. Kalau nak sambung terus ke workshop tu pun boleh jugak tapi sebab aku pun ada workshop sendiri, maka terpaksalah ku batalkan hasratku itew.

Okay, berbalik kepada workshop aku ni, bukanlah workshop pun cuma Kelas Macaron je. Yang attend clas ni Cik Maryam dan Cik Hani. Kecik molek je sampai husband aku ingat budak sekolah tak pun budak kolej. Siap tanya sekolah lagi ke??? Aiyo...

Anyway, since pagi aku ada aktiviti, maka kelas ni start lambat sikit at 3.00 pm. Bila dah start lambat, maka habis pun sampai larut malam lah kan...hehe...tak lah larut sangat tapi kira dari cerah sampai gelap jugaklah bebudak tu balik. Next time memang kena buat pagi2 lah. At least petang dah boleh wrap up.



Cik Hani sedang kusyuk nak pipe macaron. Dalam kelas ni kira memang hands on habis lah. memang bagi diorang buat sendiri. Bukan apa, esok2 kalau nak buat sendiri kan senang sebab benda yang buat sendiri ni lagi cepat ingat.

Rupa macaron yang dah di pipe.

Yang ni pulak yang dah selamat di bakar. Hm..not bad jugak kan for first timer...


Cik Yam dan Cik Hani tengah pipe filling pulak. Habis comot2..tapi seronot sebab semua buat sendiri kan.


Ok, susun sendiri dalam box untuk bawak balik rumah.

Antara hasil macaron yang berjaya disiapkan. Ada yang sendiri buat, ada yang cikgu tolong pipe kan. Ada jugak yang pecah2 sikit, tapi ni semua process of learning.
 Ha..muka student yang happy sebab dah pandai buat macaron. Semua tips and tricks dah dicurahkan, lepas ni rajin2 lah praktis supaya lagi perfect macaron tu.




Related Posts with Thumbnails