Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Hantaran Zaman Moden


Salam semua,

Cuti-cuti sekolah ni ramai jugak yang buat majlis perkahwinan kan. Hantaran sekarang ni pun dah macam-macam ada. Semuanya dah semakin versatile dan modern. Macam update kali ni. Sekarang ni bukan strawberry je celuup dengan coklat, segala jenis buah pun boleh celup dengan coklat dan ada yang khas untuk dibuat hantaran.










Yang kat bawah ni pulak kek batik cheese coklat. Basenya adalah kek batik biskut marie yang klasik tu dan dilapisi dengan cheese dan di salut dengan coklat.






Enjoy the sweet treat peeps!..






Minggu Yang Padat

Salam Hari Isnin semua,

Biasanya hari Isnin ni mandom je nak kerja kan, tambah2 pulak tengah cuti sekolah panjang ni, orang pun ramai yang bercuti. Samalah dengan tuan tanah ni, malas betul nak kerja hari ni, tambah pulak sepanjang minggu lepas penuh je acara dari pagi sampai ke malam.

Okaylah, just nak update aktiviti kemasyarakatan minggu lepas. Rainbow cake in Jar and push up ni untuk my husband punya officemate. Dia tempah sekali untuk buat hantaran, so disebabkan ah kak ni jarang2 kali membuat gubahan hantaran, maka jadilah design bidan terjun ni. Ini pun pagi2 lepas subuh baru terkedek2 nak buat. 












Rainbow Cake in Jar



Ini pulak snickers crepe untuk cik Ayun yang comel. Dah lama tak buat crepe rasa kekok pulak :)


Chocolate cake ball 



Snickers cake for Zura and Beth, tq darl :)



 




Last but not least, snickers cheesecake untuk Mas for her daughter's birthday, Adra Marissa. Enjoy the sweet treat peeps!...



Update..update

Salam semua,

As usual tak boleh nak cerita ceriti panjang2 sebab banyak kerja2 luar jangka yang menanti heee....

Enjoy the sweet treat peeps!



Snickers Cheese cake for my neighbour




Moist Choc Kit Kat Cake



Last but not least, rose sugar cookies.



Beautiful Temari Cakes

Salam semua,

Huh, lama betul tak dapat nak hapdet blog ni sebab ada masalah teknikal sikit. Di tambah pulak tengah bermalas-malasan je sekarang, lagi lah lama tak terusik.

Neway, just a quick update on the new hottest cake in town - Temari Cakes.

"Temari cakes take their inspiration from Japanese Temari Balls; a handcrafted silk ball traditionally made by mothers for their daughters to play with. Tradition states that they bring good fortune and happiness to the recipient" - source : Google.














This cake memang sangat sesuai untuk di buat hantaran atau pengganti cupcake dan digandingkan dengan wedding cake. The cakes can come in various sizes from small, medium to large.

Enjoy the cakes peeps...






Tidur pun mimpi macaron

Salam semua,

Oh I'm back on my feet again. Minggu ni adalah minggu paling mencabar sekali sebab minggu ni bertungkus-lumus menyiapkan order dari Noor yang nak macaron untuk buat doorgift adik dia kawin. Noor order 550 biji macaron ya. Ui..banyak tu dik non, bukan 55 biji, tapi 550 biji, bagi akak peniaga warung kecil-kecilan ni kalau dapat order lebih dari 100 tu kira massive giler lah kan.

Kali ni semua method aku guna, ada Italian, Swiss dan French Meringue. Hampir 120 biji telur jugaklah aku dah pecahkan. Tapi tu lah sebab akak ni bukanlah pro kan, sedangkan yang pro pun kengkadang ada jugak kalanya macaronnya tak menjadi, apatah lagi akak ni. Sebab tu memang saja dilebihkan putih telur tu untuk cover batch yang tak menjadi. Penat ayam bertelur kan??/


Neway, akhirnya setelah habis berpenat lelah, dapat jugaklah ku menyiapkan order Noor ni. Noor nak 100 biji untuk makan2 dan lagi 450 tu nak letak dalam bekas 3 sekawan untuk buat doorgift.


Time kasih lah kat Noor yang sudi dan percaya 100% aku mampu untuk buat macaron ni. Dah banyak2 method dan dah banyak kali memutar ada lah jugak macaron yang pelbagai rupa, ada yang licin, ada yang gebu, ada yang pakai skirt tinggi, ada yang pakai skirt kembang kat tepi, ada yang muka licin macam telur, ada gak yang berjerawat sikit macam bulan..hee..tapi Noor kata ok semuanya. Alhamdulilah. Bila terkenang saat nak buat macs ni rasa tobat dah tak nak ambik order. Tapi bila dah siap ni..hemm..mulalah..berderet lagi order menunggu minggu depan...hee....

Hari ni baru lah boleh tido sambil senyum...kalau tidak dalam tidur pun boleh mimpi macaron ni taw....ahaks...propa lah...
Last but not least, 50 pcs blueberry cheesetart untuk en hubby's potluck. Ni pun jenis suka cakap last minit, nasib baik laki sendiri, kalau orang lain memang dah kena reject. Tu pun sebab buat2 suara mintak belas kasihan.."I ada potluck esok ni...takpelah tak yah buat apa2, I beli je lah kuih2 esok pagi..U tak sempat dah kan nak buat apa2..?"..Ha...ayat memang tak boleh blah kan...Nasib baik aku ni superwoman..hee......



Ambik Kesempatan Sikit

Salam santun semua,

Santun lah pepagi Jumaat yang mendung lagi nyaman dan mulia ini kan. 

Ok, just another super quick update. Kek ni di tempah oleh Cik Nurul Izzati untuk majlisnya hari Sabtu ni kat Penang. Nurul ni tersangatlah kecik molek orangnya, masa memula nampak dia datang ingatkan budak lepas sekolah mana lah duk sengih2 dari jauh ni. Rupanya, ini lah tuan punya kek, takpe awet muda tuh macam ai lah jugak hee.....


Sebenarnya hampir terlupa dah ngan kek ni sebab masa dia tanya hari tu lepas tu terus senyap je. Tetiba awal minggu hari tu dia tanya ingat lagi tak dia punya order. Mula lah akak terkejut cipan kejap. Hi..nasib baik kosong lagi dik non, kalau tidak tak dapek ler jawabnya. 



So ni kira entri nak ambik kesempatan lah kan untuk buat pengumuman, kepada sesiapa yang order atau berhajat nak order, tolonglah confirmkan tempahan memasing ya dan lepas tu buat payment as instructed. From  now on order will only be proceed when I receive wither 50% or full payment. Sebab??? Ramai nau yang suka MIA pada hari kejadian. Ingat kita buat kek pakai ayaq liuq ka??? Dah tu kalau akak ni ada kedai kek takpelah jugak boleh ku jualkan je kalau yang order tu tak ambik keknya tak gitew??? Jadi, sebarang kesulitan amatlah dikesali, ternyata akak lagi sulit dik non...

Ok, cukup ler tu..super quick lah sangat hapdetnyer....hee...


Kek Pujaan Hati

Ini pulak kek yang mendapat tempat di hati ramai pelanggan kedai ni lah, tak lain tak bukan Snickers Cheese Cake. Cuma hiasan atas tu tukar selera sikit, selalu letak kacang, kali ni letak M&M bagi meriah. Tapi yang warna coklat tu nampak frost pulak, sebab baru keluar dari fridge. Btw, kek ni order dari Liyana untuk hari bahagia dia. Congrats ye :)

 


Kek Hantaran

 
Salam to all,

Bz..bz..bz..lepas raya ni sibuklah bebenor sampai tak sempat2 nak update blog. Btw, these 2 cakes (Moist Choc Cake and Orange Cake) was made for my dear friend yang melangsungkan pernikahan kat Masjid Jalan Duta last week. To Aliza and Hatta semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.



Related Posts with Thumbnails