Aktiviti Kemasyarakatan Minggu Ini


Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart

Choc Chip Cheese Cake

Snickers Cheese Cake

Keratan Rentas Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Potongan Red Velvet Cake

Oreo Cheese Cake

Snickers Cheese Cake
Salam semua,

Lama betul tak dapat nak hapdet blog ni sebab masalah teknikal ngan blogger ni. Hari ni sempat lah menggodek2 jap blogger ni, baru lah dapat solution, rupanya kenalah patah balik zaman kuno (yang ini cuma tuan punya blog je lah yang paham :). Anyway, inilah antara aktiviti-aktiviti kemasyarakatan minggu ni. Fruit tart n blueberry cheese tart tu order dari Mona untuk adik dia. Choc Chip Cheese Cake untuk Sal (jiran sebelah bilik), Snickers Cheese Cake order dari ...hmm lupa lagi nama adik ni tapi dah 3 kali dia order cake yang sama. Thank you2 ye dik.  Red velvet cake tu pulak untuk macam2 acara - birthday / belated birthday my niece n nephew n celebration cake jugak untuk all my nieces yang lulus cemerlang for their final exam. The last 2 - Oreo Cheese Cake and Snickers Cheesecake.

Okies, itu je aktiviti untuk beberapa hari ni. Will update more later.



Penat Melampau






Minggu ni memang minggu yang sangat pendek dan penat. Macam2 nak kena buat, nak submit university application form lah, siapkan kerja office lah, meeting lah, prepare untuk kursus dan macam2 lagi selain tempahan2 last minit yang den terima jugak. Btw, kek lapis asam manis tu untuk customer dari Ampang. Dah lama dia booked, strawberry cheesecake lagi untuk Rita nak bagi kat bos dan kengkawan yang ditinggalkan di MOF dan moist Chocolate Cake untuk besday anak my mom's friend di Shah Alam.


Macam-macam ada...kek gempa bumi pun ada









 176 cuppies pelbagai design untuk Piah dan kawan2.

 Oreo Cheesecake
 Choc Chip Cheesecake with MnM
 Strawberry Cheesecake untuk Rita. Nampak tak garisan gempa kat tengah cake tu? Hi..hi, tertinggal lama sikit dalam oven semalam sebab duk sibuk lak nak mengadun cupcake, terus lah merekah cheesecake tu.

 Saki baki kek yang tinggal untuk tapau balik rumah :)

Semalam adalah hari penat sedunia. Semua benda nak kena buat dalam satu hari..hui, pengsan akak. Semalam dapatlah bake 3 biji cheese cake dan 176 biji chocolate cupcake. Chocolate cupcake ni order dari Piah dan kawan-kawan dari TNB sekali lagi. Terima kasih ye Piah sebab tak serik rupanya mengorder cupcake lagi. Terima kasih juga pada PA bos aku Aiyun yang order lagi sekali Choc Chip Cheesecake dan Oreo Cheesecake dan last sekali aku buat Strawberry Cheesecake untuk farewell officemate aku Rita.


Jom Main Masak-Masak 2 : Telur Dadar Cheese Yummy

Okies, bertemu kita untuk part 2 sesi main masak-masak. Cewah, macam pengacara program masakan lah pulak. Hmm..nak masak apa hari ni ye? Kita masak simple2 je. Yang ni gerenti boleh masak balik kerja nanti. Aku ni jenis tak makan telur, tapi tak lah sampai tak boleh makan sebab takut susuk terkeluar pulak he..he..tipu je. Tapi kali ni kita modified sikit resepi telur dadar yang biasa tu jadi lebih yummy. Resepi asal dapat dari buku resepi (aku kan suka beli buku resepi banyak2 dan simpan jadi tukun).

Mula-mula macam biasa lah kan kena sediakan bahan-bahannya. Ini untuk sekali hidangan, aku makan berempat anak beranak.

1 labu bawang besar
3 biji telur (Nak lebih, tambah lagi telur)
2 sudu makan susu segar
2 - 3 batang sosej ayam (ini yang ada - nak letak apa pun boleh, udang ke, sotong ke, daging ke suka hatila)
sedikit sayur campur
sedikit garam dan lada sulah
Sedikit parutan keju mozarella (Kalau tak de pun takpe tapi tak jadi le telur dadr cheese ek)

 Memula pukul telur dan garam dan lada sulah, ketepikan.

 Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.

 Pastu, masukkan sosej tadi, goreng lagi.

 Masukkan pulak sayur campur.

 Masukkan telur yang dah kena pukul tadi. Goreng sampai kuning.

 Dah kekuningan boleh tabur parutan keju mozarella dan kaup balikkan telur tu pastu lipat dua mcm apam balik tu. Tapi, aku bab ni memang fail sikit ler.


 Okies, rupa telur dadar cheese yang dah siap, boleh dihidang dengan sos kegemaran. makanan ni boleh jadi appetizer atau makan ngan lauk lain. Tapi, semalam kitorang anak-beranak makan macam tu je. Perghh..kenyang tu, tak yah makan nasi dah.
Buktinya, tengok..licinkan. Selamat mencuba.


Related Posts with Thumbnails