My 3rd One 3rd Birthday

Salam semua,

Last Saturday is my 3rd one 3rd Birthday. Memula plan nak buat besar2an..(ececeh..berangan je lah lebihnya) sebab dia belum pernah lagi rasanya sambut birthday yang proper. Masa 1st Birthday kena sambut tanpa mak bapak sebab mak bapak dia gi berjalan2 ke Bali (boleh terlupa lak minggu tu birthday dia :( buruk sungguh perangai hihi..). Masa second birthday pulak, kitorang baru je sampai London, so tak kenal sesapa lagi. Sudahnya kitorang sambut anak beranak jelah. So kali ketiga ni ingat nak lah buat majlis besar2an sikit, tapi memandangkan ah kak ni tengah sarat dan ala2 tak larat. Tambahan pulak barang dagangan dari London pun baru sampai memenuhkan rumah, maka kitorang sambut ala kadar je lah jugak kali ni kat rumah my in law.



Hihi..ini ler rupa budak yang sambut birthday itew. Rambut dah panjang, ayahnya tak nak kasi gunting.


Btw, the cake is Oreo Cookie Crumb Chocolate cake yang tersangatlah moistnya..hhmmm...yummsss....Tidak di lupakan juga my mini pavlova.













Last but not least blueberry and strawberry cheese tart. I also cook soto as the main dish that day.


Happy 3rd Birthday my one and only son. May Allah blessed you and we were always thankful to Allah for this great gift.

Bila Kemalasan Melanda

Salam semua,

Wah..wah...lama jugak tak update blog ni. Bukan sebab sibuk melampau pun tapi lebih kepada malas yang melampau2. Tapi suka pulak jalan2 kat rumah orang tengok orang punya update, sendiri punya biar bersawang..:)

Neway, sejak balik hari tu, baru minggu lepas cuba2 start balik enjin oven yang dah setahun tak di gunakan tu. Macam ingat2 lupa pulak camana nak guna oven sendiri hihi....Mula2 memang macam dah tak berfungsi dah oven tu, merajuk kut, lama sangat tak pakai. Kalau dah mula pakai sampai tak sempat nak berehat kawan tu dibuatnya.

Alhamdulillah, nampaknya masih lagi boleh menabur bakti pada tuannya ni. So, ini lah hasilnya. Snow Cheese Cake, Snickers Cheese Cake dan Red Velvet Cupcake. Tq to Wan Aishah and Eida for the order.


















Enjoy the sweet treat peeps....



I'm Back


Salam semua,

Sorry for the looong silent. Bukannya tak nak hapdet tapi masa teramatlah mencemburui ah kak. I guess for the past month since Ramadhan till Aidilfitri, I have been super duper busy with the routine Ramadhan schedule, guests to entertain, then cooking and entertaining again for raya, not to mention still need to struggle with my dissertation yang tak tau hujung ke pangkal (Oh..hope I will pass the paper, InsyaAllah..Amin) and last but not least in the schedule is to do the packing (even though most of it was done by En. Hubby - thank goodness).

Now, the packing and unpacking is still a never ending stories. Even though dah menjejakkan kaki ke tanah air ku yang terchenta dan dah pun mula bertugas seperti biasa, tetapi barang2 yang di bawa balik dan barang2 yang tersimpan di dalam rumah masih belum berjaya di punggah sepenuhnya sebab kena tunggu pulak En. Hubby ada mood dan idea macam mana pulak nak menyusun barang yang dah sememangnya boleh di buat jualan gudang tu. Itupun belum kira barang yang sedang belayar merentas lautan sekarang ni yang mungkin bakal sampai dalam masa sebulan dua lagi ni.

Neway, sebolehnya tak nak pikir pasal rumah yang tunggang langgang buat masa ni sebab makin di fikir, makin berat rasanya perut ku ini...eh...macam ada kaitan pulak ek. Tapi memang ada kaitan pun, sebab ah kak sekarang ni dah semakin sarat membawa perut. Makin hari makin berat rasanya. Oh, by the way, this announcement is made specially to my friends and customers sebenarnya, bukanlah sesi untuk meluahkan perasaan hihi....Okie dokie, to those yang asyik duk tanya bila ah kak nak balik, ha sekarang ah kak kau ni dah balik dan kedai ah kak pun bakal beroperasi seperti biasa dalam waktu yang terdekat ini. Jadi kepada yang ingin membuat tempahan, bolehlah email di alamat email yang biasa (tiada sebarang perubahan) atau sms/call ah kak at 013 - 290 3555.




Salam Ramadhan Al Mubarrak


Salam Marhaban Ya Ramadhan kepada semua pelanggan Dalissa Sweet Treat yang di rahmati dan di berkati,

Ramadhan kali ini bakal menjadi pengalaman yang kekal terpahat di lipatan ingatan kerana ini lah kali pertama kami sekeluarga menyambutnya di perantauan. Suasana ramadhan di sini tidak sama seperti suasana di tanahair. Di sini, tiada azan yang berkumandang di masjid2 melaungkan tahmid mengajak umat Islam mengerjakan solat terawikh, tiada warna-warni juadah berbuka di sepanjang jalan, tiada bazar2 yang di buka khusus menjual pelbagai persiapan Aidilfitri baik biskut raya mahupun kelengkapan lain, tiada semarak cahaya 7 likur mahupun dentuman dan percikan bunga api. 

Sungguhpun begitu, dalam suasana penuh kesederhanaan ini, ibadah puasa dan solat sunat tetap di laksanakan mengikut kesesuaian keadaan dengan penuh keinsafan sementelah pula waktu berpuasa yang lebih panjang disini berbanding di tanahair.

Semoga kedatangan Ramadahan kali ini membawa seribu keberkatan dalam setiap usaha yang kita laksanakan, membuka luas pintu rezeki dalam sebarang pekerjaan, membawa keredhaan dan penuh keinsafan dalam urusan kehidupan seharian.

Salam Ramadhan al Mubarrak kepada semua umat Islam di serata pelusuk dunia, baik yang miskin, mahupun yang Berada, semoga kita sentiasa mendapat keredhaan, petunjuk serta hidayah dari Allah S.W,T. Amin..amin..Yarabbal Alamin.


Related Posts with Thumbnails