Jom Main Masak-Masak

Main masak2? macam best je kan. Kalau lah memasak tu semudah main masak2 masa zaman budak2 dulu memang gerenti boleh jadi chef punya lah. Sebab main campak-campak je dah jadi sebiji kek, campak-campak lagi dapat nasi goreng. Kan best gitew. Anyway, kali ni jom kita kongsi2 cara nak masak "Beef Puff".

 Memula kenalah sediakan bahan2 nya :

1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Semua bebawang ni di dadukan ye.


 Pastu ambik satu sudu kecil setiap satu rempah kari daging ngan pes cili.


Dalam 300g daging cincang. Yang ni jenama Ramly. Kalau nak lebih, letak le lebih sikit.
Semangkuk kecil sayur campur.

 Mula2 kita tumis bebawang tadi sampai naik bau. 

 Pastu masukkan pes cili ngan rempah kari dan kacau sebati.


 Masukkan pulak daging kisar tadi dan goreng sampai daging masak. Masa ni boleh lah masukkan garam, gula dan sedikit kiub pati ayam ikut sesedap rasa masing2.

  
 Pastu bolehlah masukkan sayur campur tadi.
 Boleh juga tambah sos cili atau tomato bagi menyedapkan lagi rasanya, cewah.
Dah masak, boleh lah angkat dan ketepikan.

Lepas tu sediakan pastry puff. Kalau malas nak uli, beli je pastry puff jenama Kawan ni, gerenti jadi punyalah.

 Sendukkan secukup rasa inti daging tadi ke atas pastry puff ni.

 Pastu tutup ngan selapis lagi pastry puff dan tekan2 ngan garfu kat keliling dia macam dalam gambar. Kalau nak kecik lagi boleh lipat dua je pastry tadi dan tekan2 ngan garfu keliling dia.

 Sapu kuning telur atas puff tadi.

 Pastu lorekkan tengahnya ngan pisau. Bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 minit.
Tada...inilah rupanya bila dah siap. Sama tak macam kat kedai? Selamat mencuba.


Cupcake Emergency

Ha...inilah namanya cupcake emergency sebab buat dalam waktu kecederaan. Alkisahnya Raya Korban takdelah nak membaking apa2, tetiba mertua ku hint2 nak makan kek carrot. Kebetulan lak sebelah malamnya ada buat baca Yasin. Apa lagi, kelam kabut ler balik rumah dan godek2 kat dapur tengok barang yang ada. Nasib baik ada 3 biji carrot boleh lah wat cupcake Carrot Walnut nih and frosted with cream cheese. Nasib baik licin....


Cheesecake Lagi dan Lagi




Salam semua,
Ni sebenarnya update sebelum Raya, tapi dek kesibukan yang melampau maka tertunda lah entry ni. Takde lah apa2 yang gembapk pun cuma update choc chip cheesecake ordered by Zura, Zetty and Aiyun. Aiyun punya special skit letak MnM, so sweet macam tuan dia jugak.


Sejuk dan Membeku Tapi Bila Panas....Sedap Menyengat


Ha..tolonglah jangan nak pikir ke lain ye. Tajuk diatas tidak ada kaitan dengan apa2 aktiviti paranormal ye, semuanya normal belaka. Cuma nak buat pengumuman, mulai hari ini Dalissa Sweet Treat turut mengeluarkan makanan sejuk beku atau frozen food kata omputehnye. Kepada sesapa yang nak mencuba, bolehlah buat tempahan seperti biasa (yang selalu korang buatlah kan) at least 1 minggu sebelum yer, sebab sah2 ler nak kena prepare dulu kan. Antara hidangan yang ada seperti berikut:-

1. Karipap biasa dan karipap pusing
2. Samosa
3. Kuih Kasturi
4. Popia
5. Roti boom / canai
6. Kuih bijan

p/s : Harap maklum, gambo tak sempat nak snap ye. Tapi takde lah yang menarik rupa frozen food kan kalau nak compare ngan gambar kek :)

Related Posts with Thumbnails