Double Birthday


Salam hujung minggu semua,

Semalam adalah hari busy sedunia hihi...Busy sebab ada berbiji2 kek yang nak dibakar dan salah 2 bijinya adalah kek harijadi ni.


Ni bukanlah majlis sambutan harijadi pun. Sebenarnya semalam ada majlis bacaan yasin kat rumah kawan di East Ham tapi pada masa yang sama sebab dalam minggu ni juga salah seorang kawan tu baru sambut birthday dan husband I salah seorang darinya, maka tuan tanah sudah mintak ah kak buatkan kek surprise. 


Untuk yang kawan tu memanglah surprise kan, tapi yang untuk en hubby tu nak surprise tara mana sangat lah kan. Neway, dalam kesibukan tu, sempatlah menyiapkan Milky Pound Cake  dan Strawberry Royale Shortcake ni.



Ini strawberry royale shortcake with mascarpone cheese for Mr. Hubby.




Ini pulak milky pound cake for my friend Azan. Memandangkan yang sambut birthday ni bukan budak2 lagi, so deco nya pun kenalah bersesuaian dengan umur.




I guess that's for now. Enjoy your cakes peep....




Chocolate Indulgence Cake


Salam semua,

Ohw sungguh tak berkesempatan nak update semalam sebab banyak sangat urusan yang perlu di selesaikan. Tambahan pulak semalam ada kelas yang agak penting, kalau tak pergi tak boleh nak siapkan assignment..hihi..


Neway, yesterday was my hubby birthday. So I baked this Chocolate Indulgence Cake. Kalau kat Malaysia, rasa2 teringin, boleh je lah beli kat Secret Recipe, tapi kat London ni mana nak cari Secret Recipenya.


Well, I must say that the process is quite tedious. So if...IF ada yang nak order, you must give me weeks of notice as last minute notice will never do.



Enjoy your cake !



Moist Chocolate Cake for Rose


Salam hujung minggu semua,

Hari ni ahkak plan nak gi jalan2 ke central sana, nak ke Portobello market yang fofular tu. So, tak leh nak citer panjang2 sebab nak menyiapkan rakyat jelata rumah ni pagi2 bukan senang :)



Neway, semalam ada satu lagi majlis bacaan Yaasin kat Basildon. At the same time, buat pulak sambutan hari jadi anak dara En. Raihan yang keenam, Rose namanya. Cute kan namadia.


Ha ni lah rupa si Rose tu...so..cute.



For the cute lil Rose, Happy Birthday and thanks to the parents for ordering the cake.....it's a hit hihi...

M&M and Hazelnut Cookies


Salam Jumaat semua,

Pergh..cepat sungguh masa berlalu. Tetiba je dah sampai hari Jumaat. Neway, ah kak tetap happy sebab next week umi ku tercinta akan datang ke kota London ni selama sebulan. Maka dapatlah ah kak beryuya seketika hehe..


Just a quick update. Nak share M&M Cookies ngan Hazelnut ni buat bekal bebudak tu gi sekolah. Memandangkan stok M&M tak mencukupi dan colour Smarties tu pulak tak berapa nak terang, kita guna hazelnut ni lah. 






Ok, as usual, kalau nak order kena tunggu ah kak balik ye. Walaupun dah sekian kali ah kak bagi tau yang akak sekarang duduk kat London, United Kingdom dik, bukan UK (Ulu Kelang), tapi ramai lagi yang duk email nak order kek dan nak join kelas. Hihi...tak pe lah dik nun....ah kak tak kisah.


Related Posts with Thumbnails