Update Terkini

Salam semua,

Lama betul tak update blog ni sebab tuan tanahnya pun boleh tahan sibuk. Sejak lepas cuti sekolah ni, asyik berada di luar kawasan je maka terbantutlah aktiviti membakar dan mengupdate hihi...

Neway, minggu ni kena jadi bidan terjun lagi sekali, menyiapkan hantaran untuk adik yang melangsungkan pernikahan hari Sabtu lepas. At the same time sempat jugak lah menyiapkan order my ex-diploma mate ni, itupun siap terlupa nak buatkan cupcake. Nasib baik sempat sebelum tuannya datang ambik huhu...




Red Velvet Cupcake with Cream Cheese


Snickers Cheese Cake





Ini lah rupa gubahan bidan terjun. Dengan badan yang dah longlai dan mata yang nak tertutup-tutup tu, maka ni ler hasilnya. Walaupun niat di hati nak buat lagi proper, tapi memang sangat2 tak sempat, sebab banyak pulak agenda2 yang diluar kawalan datang menerjah. Anyway, semuanya dah selamat, Alhamdulillah.



Chocolate Indulgence Cake for Tisam's daughter.


Last but not least, Snickers Cake untuk birthday anak jiran sebelah. Enjoy the sweet treat peeps!..



0 comments:

Related Posts with Thumbnails