Ramadhan Datang Lagi


Salam Ramadhan Al Mubarrak kepada semua,

Alhamdulillah, tahun ni dapat kita sekali lagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Semoga semua amalan, sedekah jariah dan pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan dan pahala yang berganda.

Kepada customer DST, tempahan di buka seperti biasa. Cuma kali ni DST tak buat biskut raya sebab kekalutan kerja dan pertambahan ahli keluarga yang tenit ni, maka tak menang tangan lah kalau nak ambil tempahan biskut. 

Anyway, selamat berpuasa kepada semua dan jangan lupa baca niat puasa ya....:)




Update Terkini

Salam semua,

Lama betul tak update blog ni sebab tuan tanahnya pun boleh tahan sibuk. Sejak lepas cuti sekolah ni, asyik berada di luar kawasan je maka terbantutlah aktiviti membakar dan mengupdate hihi...

Neway, minggu ni kena jadi bidan terjun lagi sekali, menyiapkan hantaran untuk adik yang melangsungkan pernikahan hari Sabtu lepas. At the same time sempat jugak lah menyiapkan order my ex-diploma mate ni, itupun siap terlupa nak buatkan cupcake. Nasib baik sempat sebelum tuannya datang ambik huhu...




Red Velvet Cupcake with Cream Cheese


Snickers Cheese Cake





Ini lah rupa gubahan bidan terjun. Dengan badan yang dah longlai dan mata yang nak tertutup-tutup tu, maka ni ler hasilnya. Walaupun niat di hati nak buat lagi proper, tapi memang sangat2 tak sempat, sebab banyak pulak agenda2 yang diluar kawalan datang menerjah. Anyway, semuanya dah selamat, Alhamdulillah.



Chocolate Indulgence Cake for Tisam's daughter.


Last but not least, Snickers Cake untuk birthday anak jiran sebelah. Enjoy the sweet treat peeps!..



Hantaran Zaman Moden


Salam semua,

Cuti-cuti sekolah ni ramai jugak yang buat majlis perkahwinan kan. Hantaran sekarang ni pun dah macam-macam ada. Semuanya dah semakin versatile dan modern. Macam update kali ni. Sekarang ni bukan strawberry je celuup dengan coklat, segala jenis buah pun boleh celup dengan coklat dan ada yang khas untuk dibuat hantaran.










Yang kat bawah ni pulak kek batik cheese coklat. Basenya adalah kek batik biskut marie yang klasik tu dan dilapisi dengan cheese dan di salut dengan coklat.






Enjoy the sweet treat peeps!..






Baking Is Always Fun Class

Salam semua,

Okay, walaupun minggu lepas kira minggu yang agak padat dengan pelbagai acara kemasyarakatan tapi sempat jugak menyelit buat satu kelas yang masih juga padat atas permintaan.

Kelas kali ni student belajar buat Rainbow Lemon Cheesecake, Light Blueberry Cheese Cake dan Red Velvet Cake in Jar.



Ini lah rupa peserta yang ceria dengan hasil kejadian hari tu. THis class I called a fun class sebab walaupun padat, tapi still di buat secara santai. Semua orang sempat buat kek dengan jayanya, sempat makan, solat, susukan anak, tidurkan anak, mandikan anak pun sempat wakaka....Bukan apa, cik Yus ni dia bawa anaknya sekali masa kelas ni, so kenalah juggle between nak belajar and nak uruskan baby. Anyway, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Rainbow Lemon Cheesecake air tangan sendiri.

Light Blueberry Cheesecake

Last but not least, Red Velvet Cake in Jar.

Enjoy the pics peeps!....



Related Posts with Thumbnails