Salam Marhaban Ya Ramadhan kepada semua pelanggan Dalissa Sweet Treat yang di rahmati dan di berkati,
Ramadhan kali ini bakal menjadi pengalaman yang kekal terpahat di lipatan ingatan kerana ini lah kali pertama kami sekeluarga menyambutnya di perantauan. Suasana ramadhan di sini tidak sama seperti suasana di tanahair. Di sini, tiada azan yang berkumandang di masjid2 melaungkan tahmid mengajak umat Islam mengerjakan solat terawikh, tiada warna-warni juadah berbuka di sepanjang jalan, tiada bazar2 yang di buka khusus menjual pelbagai persiapan Aidilfitri baik biskut raya mahupun kelengkapan lain, tiada semarak cahaya 7 likur mahupun dentuman dan percikan bunga api.
Sungguhpun begitu, dalam suasana penuh kesederhanaan ini, ibadah puasa dan solat sunat tetap di laksanakan mengikut kesesuaian keadaan dengan penuh keinsafan sementelah pula waktu berpuasa yang lebih panjang disini berbanding di tanahair.
Semoga kedatangan Ramadahan kali ini membawa seribu keberkatan dalam setiap usaha yang kita laksanakan, membuka luas pintu rezeki dalam sebarang pekerjaan, membawa keredhaan dan penuh keinsafan dalam urusan kehidupan seharian.
Salam Ramadhan al Mubarrak kepada semua umat Islam di serata pelusuk dunia, baik yang miskin, mahupun yang Berada, semoga kita sentiasa mendapat keredhaan, petunjuk serta hidayah dari Allah S.W,T. Amin..amin..Yarabbal Alamin.