Macam-Macam Kek Ada

Salam semua,

Alhamdulillah, minggu ni masih lagi produktif walaupun kaki dah start cramp yang melampau. Perut ni pun dah rasa tak terbawak je sekarang. Walaupun tak lah sebesar my last 3 pregnancy but as we ages ni, rasanya badan dah tak berapa nak larat nak bawak perut walaupun kecik hee....




Neway, dalam pada tak larat tu sempat lagi ber'experiment'. Kalau kat over the sea, especially UK and US, push up cake ni dah menjadi satu trend baru selain cake in jar yang tengah meletop2 di pasaran kita sekarang ni.


Modus operandi nya sama je macam cake in jar tu cuma yang ini, kek nya dah di masak siap2 or kita isi dengan chilled type dessert.


So yesterday I did Strawberry Tiramisu dan Chilled Snickers Cheese Cake.





Memang convenient especially for special occassion macam birthday party, memang boleh menarik minat kanak2 dan jugak mak bapak kanak2 :)



Ini pulak Rainbow Cake in Jar for my friend Fara.














Last but not least, another order from Fara - Cheezy Cream Cake in various flavours. Enjoy the sweet treat peeps...!



Salam Maal Hijrah

Salam semua,

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah kepada semua kan. Semoga semua amalan dan pekerjaan yang kita lakukan pada tahun lepas mendapat keberkatan dan bersempena dengan tahun baru ni, mari lah sama2 kita bermunajat memohon keberkatan ke atas setiap perlakuan, pekerjaan dan amalan kita seharian. Semoga setiap dari kita diperluaskan kemurahan rezeki, di kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan senantiasa di lindungi dari kemungkaran dan kejahatan dunia, InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, mari lah kita sama-sama berdoa semoga saudara seIslam kita di Gaza yang sedang bertarung nyawa terutamanya anak2 kecil waris pelapis agama dan bangsa Palestin, senantiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin. 

Ok, minggu ni sebenarnya minggu yang agak sibuk. Nasib baiklah jugak ada cuti yang lompong2 tu, maka dapatlah juga nak menyiapkan order2 dari customer ni. Alhamdulillah, sejak balik hari tu, tak berhenti-henti lagi order yang masuk. Walaubagaimanapun, operasi tetap terpaksa di hentikan pada hujung bulan ni bagi memberi laluan kepada ahkak nak berehat sambil suspens2 nak tunggu kelahiran baby yang keempat ni. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, next year ah kak beroperasi semula. 

Kepada adik yang order Blueberry Cheese tart dan fruit tart ni, terima kasih ya. Sorry tak berkesempatan nak berjumpa sebab ah kak masih belum balik lagi dari check up that day.








Snickers Cheese Cake











Yang ni pulak bulk order dari Mas Rina. 200 pcs red velvet cupcake for her twins (boy and girl lagi) Majlis Aqiqah. Tq Mas for the order and the balance of 30 pcs untuk makan2.






Last but not least, very last minute order for my cucu ok..haha..terasa tua lah sangat. Tua2 pun mengandung lagi pulak tu wakaka..Neway, Moist Chocolate Cake and Chocolate Cake Ball with Cream Cheese untuk anak kepada anak buahku Raiqa...kira pangkat cuculah..oh..tidak..hihi...

Enjoy the sweet treat peeps..!

Happy Diwali


Salam semua,

Minggu ni best betul kerja kan sebab kerja lompong2, sehari kerja, esok cuti, kerja balik past cuti. Kalau sepanjang tahun macam ni kan best hihi....

Anyway, sempena cuti Deepavali hari ni tetiba terajin pulak nak buat agar2 memandangkan dah lama sangat tak buat agar2 ni. Kalau kat UK hari tu dalam pada payah nak dapat barang, kemain rajin lagi. Kat sini yang semua benda dah ada kat depan mata, malasnya ya amat.



Since hari ni cuti dan tak de tempahan kek, so dapatlah buat agar2 milo dan oreo ni. Yang bunga2 jelly tu masih diperingkat experiment lagi. Nak dapatkan consistency yang betul untuk membentuk bunga 3D tu agak renyah jugak kerjanya.



Ok, that's about it. Enjoy the holiday and the dessert peeps..!



Minggu SCC

Salam semua,

Minggu ni macam berjangkit2 je customer order Snickers Cheese Cake @ SCC ni. Neway, kalau ikut kan memang ini lah kek yang sering menjadi pojaan hati selain RVC kalau di intai kat mana2 blog pun kan.

Btw, this cake was ordered by Iezma, jiran belakang rumah untuk birthday anaknya Ridq and my friend Fique sempena nak sambut kepulangan parentsnya dari Mekah.







Enjoy the cakes peeps....!

Cake in Container

Salam semua,

Nothing much to update pun minggu ni just to share our new product - Strawberry/Blueberry Cheezy Cream Cake and Moist Chocolate Horlick Cake that were pack in a small container. All these cakes I sent to my mum's shop in Shah Alam tapi kalau ada yang berminat nak order in bulk, please do not hesitate to contact me.

Rasanya, dalam waktu terdekat ni kedai ni akan di tutup separuh pintu kut sebab ah kak ni dah makin sarat dan dah tak berapa nak larat nak ambik personalised order lagi but for this type of cake I still can do it coz no decoration needed.




Strawberry and Blueberry Cheezy Cream Cake in Container



Super Moist Chocolate Horlick Cake in Container.



Enjoy the sweet treat peeps....!

Related Posts with Thumbnails