Hapdet Yang Panjang

Salam semua,

Lama tak bersiaran, kali ni kita bersiaran panjang sikit. Tapi tak de benda pun nak di celotehkan. Neway, minggu ni ada 3 order je tapi kuantitinya agak banyaklah jugak, tu yang dah rupa lipas kudung je bila balik kerja kena tukar shift...hee...


Ini order dari Nahar untuk makan2 sempena birthday anak dia Qaseh. She ordered macaron and snickers cheese cake. Kali ni punya macaron aku buat guna original french method. Nampaknya untuk chocolate macs memang method ni yang palingmenjadi buat masa ni hee.....








Yang kat atas ni pulak order dari Juliana untuk Birthday anak dia jugak. She ordered 100 pcs cupcakes, snickers cheese cake, moist choc cake and 50 pcs macs. Ini pun ada cerita jugak. At first memang nak buat macs kaler2, tapi nampaknya minggu ni  macs ku asyik merajuk, cuma choc macs ni je yang nak menjadi, itupun dah nak dekat kul 4 pagi menunggu last batch macs ni.


Last but not least moist choc cake untuk Mas my batch mate. Kek ni untuk birthday anak buah dia, nak kartun madagascar.


Macaron Haru Biru

Salam semua,

Dah lama kan tak bersiaran. Minggu ni memang caca marba betul. Macam-macam ada, order pun banyak tapi semua nak hujung2 minggu, so makin kelam kabut lah sikit hidup ku ini. Very short update sebab dah tak larat nak ngomel panjang ni, banyak lagi agenda yang kena di penuhi hari ni.

Pavlova untuk Ida. Tq Ida.



 Macam2 posisi macaron ni ha. Alkisah macaron hari ni hampir satu tray telur ku jadi habuan cik tong sampah. Huh..memang tersangat penat bila tengok semua macaron tu tak menjadi. Masa yang di ambil bukan sekejap..tapi nak buat macam mana. Nasib baik lah bancuhan kali terakhir ni menjadi. Semua macaron ni untuk Emma yang nak buat hantaran bertunang adik dia kat Singapura. Phew..nasib baik menjadi, kalau tidak terpaksa lah ko gi beli yang instant Emma.....
Akhirnya macaron berjaya di packkan untuk hantaran....Tq Emma...

Hapdet Minggu Ni

Salam santun semua,

Okies, update kali ni tak banyak cuma vanilla pavlova untuk Fiza, Ina dan Wan Aishah. Kali ni tak de stoberi2, tak sempat nak petik dah habis di borong lah gamaknya. Dah merata cari tak berhasil, at last kita petik buah black berry ni lah.




Ini pulak untuk Siti Sarina, jiran sebelah opis je rupanya. Tq Sarina.


Last but not least Macs for Ina @JPJ and Aileen & Friends.


Calling for Pavlova

Salam semua,

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN...

Ada sesapa nak chip in Pavlova this Friday?? Ada 1 more available. SMS or email me yeah...TQ...

STATUS TERKINI : SUDAH DIBORONG SEMUA YA..TQ.

Pujaan hatiku

Salam semua,

Macam dah lama je tak bersiaran kan. Neway, hari ni pun tak boleh nak celoteh panjang, ai semakin bz ni lagi2 dah nak dekat sangat time nak berangkat ni makin ligat ler kerja ku menimbun. 


A very quick update, order dari Alin. Nak Red Velvet cupcake dengan tema biru pink romantik. Harap2 jadilah romantiknya ni dik non. 

Lastly dan lagi sekali minggu ni Snickers Cheese Cake untuk Iezma, my neighbour. Tq Iezma...hee..

Apa-Apa Je Lah

Salam santun semua,

Uish..cepat betul dah hari Jumaat kan. Ai ni biasalah, kalau tak bz, mc..kalau tak mc, bz....Neway, dalam pada tu sempat gak lah menyelitkan order2 ni. 




Cupcake ngan cake ni untuk adik ipar anak buah yang nikah minggu ni, so yang ni konpem lah kena buat ek..hee..



Yang ni pulak Snickers Cheesecake untuk Elina..eh macam nora elena pulak..hee...ngan Khairul Bariah again for the second time. Tq adik2 ya. Tapi nape lak Nanie Xchantique ni....Hmm..hampir terkompius jap masa nak wat topping ni...tak kesah lah dik...


Kek Orang Mengidam

Salam semua,

Ai tersangat bz sampai tak sempat nak hapdet blog ni. Neway, order ni again dari jiran setaman Iezma tapi untuk kawa dia yang tengah pregnant. Kawan dia ngidam nak makan Rainbow Cake katanya. Tq Iezma for the free promo..he...






Penyakit Berjangkit

Salam semua,

Hee.....jangan risau, tak de sesapa yang terkena penyakit merbahaya, semuanya sihat2 belaka. Yang jadi penyakit berjangkit ni tak lain tak bukan kek pujaan hati ni lah. Memang dah jadi kepantangan rasanya, kalau buat sekali, esok lusa tulat tonggeng mesti ada yang nak order kek yang sama. Kisahnya dalam seminggu ni kira hampir setiap harilah ahkak membakar Snickers Cheesecake ni.


Neway, order kali ni dari Heliziana kakak kepada Iezma jiran setaman ku itew. She ordered Snickers Cheesecake jugak dan Chocolate Whoopie Pie nih. Tq Heliziana and Iezma for the order....hee..


Meriah Uolls..Curi Tagline Kak Senduk Jap

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula..siapakah wiranya...
Hidup..bagaikan pentas opera..

Eh..eh..eh..Salam santun semua, terasuk hantu rock kapak lak hari ni. Ni semua gara-gara Opera Cake untuk si Tina ni lah. Punyalah ahkak bertungkus lumus menyiapkan kek dia ni sebab kalau tak buat kang mau sampai mati dia ungkit budak ni. Opera Cake ni lagi satu kek citarasa Italiano kalau tak silap ler. Ada 4 layer Joconde Cake (Almond Sponge Cake) yang dilapisi dengan Coffee Buttercream dan Choc Ganache. Bagi penggemar coffee and chocolate, this is a cake to die for. Tapi tobat dah, tak larat nak wat lagi unless I have extra 24 hours for 1 day..ha..boleh ke???



Ini pulak Snickers Cheese Cake untuk Khairul Bariah yang hari tu order macs, kali ni nak kek pulak. Tq dik ya, sian terpaksa berkejar2 nak ambik kek lah, nak meeting lah.


Yang ni lak Blueberry and Strawberry Cheesetart untuk makan pagi kat bilik aku pagi tadi. Hee...makan pagi sempena staff aku nak tukar..sob..sob..asyik kena tinggal je ah kak ni taw. Padahal, ah kak yang nak tinggalkan diorang, tapi diorang yang satu2 gi tinggalkan aku dolu...aish..

Ini lah antara rupa hidangan makan pagi yang meriah hari ni. Ada Snickers Cheesecake, Cheesetart, Sosej Blossom Bun (yang aku buat), nasi lemak (order kat kedai mamak je), mi goreng yang sedap (staff aku masak) dan kuih-muih yang staff aku lain gi beli. Meriah..memang meriah....

Hapdet Jangan Tak Hapdet

Salam semua,

Macam dah lama jer tak hapdet blog ni kan. Sejak dua menjak ni ah kak tak berapa nak sihat sikit. Duk ulang alik klinik ngan MC jer so aktiviti buat kek pun slow sikit minggu ni. Neway, update kali ni  Oreo Cheesecake untuk Echah my Batch mate sempena majlis harijadi kat opis dia.


Kalau Department kecik, cukuplah sebijik kek ni kalau nak ikut birthday 6 bulan sekali ni, tapi kalau Department besau macam tempat ah kak ni, mau terkulat-kulat je lah jawabnya..

Lastly Snickers Cheesecake order dari Iezma jiran setaman lagi, tapi kali ni memang konpem hari-hari lalu depan rumah dia tapi tak pernah kenal. Kecik sungguh doniya ini rupanya....


Related Posts with Thumbnails