Meriah Uolls..Curi Tagline Kak Senduk Jap

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula..siapakah wiranya...
Hidup..bagaikan pentas opera..

Eh..eh..eh..Salam santun semua, terasuk hantu rock kapak lak hari ni. Ni semua gara-gara Opera Cake untuk si Tina ni lah. Punyalah ahkak bertungkus lumus menyiapkan kek dia ni sebab kalau tak buat kang mau sampai mati dia ungkit budak ni. Opera Cake ni lagi satu kek citarasa Italiano kalau tak silap ler. Ada 4 layer Joconde Cake (Almond Sponge Cake) yang dilapisi dengan Coffee Buttercream dan Choc Ganache. Bagi penggemar coffee and chocolate, this is a cake to die for. Tapi tobat dah, tak larat nak wat lagi unless I have extra 24 hours for 1 day..ha..boleh ke???



Ini pulak Snickers Cheese Cake untuk Khairul Bariah yang hari tu order macs, kali ni nak kek pulak. Tq dik ya, sian terpaksa berkejar2 nak ambik kek lah, nak meeting lah.


Yang ni lak Blueberry and Strawberry Cheesetart untuk makan pagi kat bilik aku pagi tadi. Hee...makan pagi sempena staff aku nak tukar..sob..sob..asyik kena tinggal je ah kak ni taw. Padahal, ah kak yang nak tinggalkan diorang, tapi diorang yang satu2 gi tinggalkan aku dolu...aish..

Ini lah antara rupa hidangan makan pagi yang meriah hari ni. Ada Snickers Cheesecake, Cheesetart, Sosej Blossom Bun (yang aku buat), nasi lemak (order kat kedai mamak je), mi goreng yang sedap (staff aku masak) dan kuih-muih yang staff aku lain gi beli. Meriah..memang meriah....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails