Info Kelas

Buat masa ini, Dalissa Sweet Treat hanya menawarkan kursus secara one to one atau in small group sahaja. Oleh itu, jadual kursus yang khas tidak disediakan kerana kelas hanya akan dijalankan mengikut permintaan. Kepada sesiapa yang berminat, boleh email ke mummymodern@yahoo.com:-

Nama Penuh :
Alamat:
Tarikh yang dipilih:

I will reply your email with the date confirmation. Selepas itu, bolehlah membuat 50% deposit dan balance pada hari kelas dijalankan.

Harga untuk modul kursus seperti berikut:-

Kelas Asas Baking Cupcake - RM250.00

Pelajar akan mempelajari kaedah menyediakan 3 jenis cupcake  iaitu coklat, vanilla dan oreo.  Pelajar juga akan diajar cara menyediakan buttercream dan ganache serta teknik mudah untuk menghias cupcake tersebut. Semua peralatan akan disediakan  dan  cupcake boleh di bawa pulang.


Kelas Asas Dekorasi Cupcake - RM180.00

Pelajar akan mempelajari teknik-teknik menghias cupcake menggunakan buttercream, ganache, fondant dan sugar paste. Semua peralatan akan disediakan termasuk cupcake. Semua peralatan dan cupcake tersebut boleh di bawa pulang. Pelajar hanya perlu membawa rolling pin kecil, apron dan kain lap sahaja.

Kelas Asas Deko Fancy Cookies - RM120.00

Pelajar akan mempelajari teknik-teknik menghias Fancy Cookies, teknik border, flooding, resepi sugar cookies, etc. Semua peralatan akan disediakan termasuk cookies.



Related Posts with Thumbnails