Ramadhan Wrap Up












Assalammualaikum kepada semua pengunjung setia dan baru blog ni. Ramadhan dah hampir sampai ke penghujung, lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kepada semua pengunjung dan customer yang sudi menempah kek, cupcakes dan lain-lain, Anna ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua. Walaupun bulan Ramadhan ni Anna tak ambil order tapi masih ada yang sudi menempah kek dan untuk tidak menghampakan semua (especially my loyal customer), ini lah sebahagian tempahan yang sempat di snap gambarnya.

Sempena ketibaan Aidilfitri tak lama lagi, Anna mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam dan maaf zahir dan batin sekiranya ada sebarang silap dan salah sepanjang perkenalan kita samada secara zahir atau pun di alam cyber ni. Kepada yang pulang berhari raya di kampung, berhati-hati ketika memandu semoga semua selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Well I guess, this is an official closed up and till we meet again after Raya. Cherios!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails