Kek Hari Cuti

Salam semua,

Sebenarnya penat berjimba di Tambun semalam tak hilang lagi tapi masih gigih nak buat kek, maka jadilah kek ni. Nama dia Milky Pound Cake. Pound Cake ni sama je macam kek2 biasa. Tapi kenapa nama dia pound cake? Adakah asalnya dijual dalam pound sterling? Atau ditimbang guna pound? Hmm....tak yah lah pening kepala. Kat bawah ni ada asal-usul pound cake ni kopipes dari Wikipedia:

Pound cake refers to a type of cake traditionally made with a pound of each of four ingredients: flour, butter, eggs, and sugar. The traditional recipe makes a cake much larger than most families can consume, and so the quantity is often changed to suit the size of the cake that is desired. As long as the ratio is preserved, the resulting cake will be identical to that using the traditional recipe. Hence, any cake made with a 1:1:1:1 ratio of flour, butter, eggs, and sugar is also called a pound cake or lbs cake, even if the quantity used is smaller or larger than an actual pound.

Ha dah faham kan. By the way, my pound cake ni taste just nice, not too sweet and the texture pun quite lite. I guess, I like it better than my usual butter cake. Oops..ini bukan entry suruh masuk bangkul dan gigih angkat sendiri ye...Description kena jelas sebab sah2 tak boleh rasa setakat tengok gambar je kan.


Order Sebelum Penghujung Tahun






Salam semua,
Hi..hi.. sebelum gi berjimba2 di The Lost World of Tambun, ini ler rupa sebahagian dari kek2 yang sempat dimekap2 dan yang tak mekap pun ada. Ni semua order yang dah booked awal2 sebelum tutup kedai untuk tahun ni. Yang first tu Strawberry Cake with strawberry filling untuk Puan Salmawati (office mate gak ni). Yang second tu kek yang tak mekap. Kek Carrot Walnut ni dah kali ketiga di order oleh orang yang sama dan rupa bentuk yang sama. Tak suka makan icing rasanya ni. Yang last tu kek yang sama tapi dah mekap ngan cream cheese untuk Echah. Tq2 semua.


Pengumuman Terpenting Tahun Ini

Salam semua,

Diam tak diam, pejam celik..pejam..celik...kita dah nak sampai ke penghujung tahun. Cepat betul rasanya masa berlalu. Memandangkan tahun 2010 dah pun nak berakhir dan buku baru 2011 pun hampir nak bermula, maka kedai akak pun akan di tutup untuk memberi laluan kepada anak2 yang dah nak mula sekolah tahun depan. Sebetulnya, kami sekeluarga nak bercuti sebelum sekolah mula tahun depan. Jadi dengan rasminya, order untuk tahun ni tidak akan diambil lagi. Kepada yang nak order, tahun depan boleh lah...


Tapi, sebelum tu, memandangkan sambutan sejak akhir2 ni agak menggalakkan, maka Dalissa Sweet Treat rasa macam nak treat "pengikut" yang bertuah iaitu Pengikut yang ke ...250. Jadi, kepada sesiapa yang bertuah menjadi follower ke 250, hadiah istimewa menanti anda...jeng..jeng..jeng...

Apa hadiahnya, biarlah rahsia tapi pastinya sesuatu yang sunggguhhhh menyelerakan dan menggebukan..ha..ha..ha..


Kepada semua, selamat tinggal tahun 2010 dan selamat datang tahun 2011. Kepada semua yang dah jadi, pernah jadi atau teringin nak jadi pelanggan Dalissa Sweet Treat, terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan dan silalah berkunjung ke kedai saya yang tak seberapa ini ye. InsyaAllah, tahun 2011 Dalissa Sweet Treat akan cuba menyajikan hidangan yang lebih enak lagi.

Adios Amigos....


Kek Pelbagai Acara





Salam semua,

Chocolate cupcake dan Snickers Cheese cake ni another repeat order dari Rita untuk jamuan pagi kat office baru. Since Christmas pun dah nak dekat, so decoration pun ala2 Christmas celebration lah. Thank you Rita dan Wan plus husband yang datang ke rumah to collect the cake/cupcakes. Nanti jemput datang lagi ye :)

Yang ni pulak chocolate chip and walnut brownies buat untuk makan-makan di kala badan tengah demam. Apakah kaitan badan demam ngan brownies? Tak de kaitan pun tapi baking is another therapy to me sebab tu dalam badan sakit2 pun gigih nak buat kek jugak.




Ini pulak moist chocolate cake yang di order oleh Wani untuk Birthday anak2 nya. Wani nak gambar Tom n Jerry. Since tak jumpa edible image, terpaksa lah akak lukiskan gambar Tom n Jerry tu. Memandangkan akak ni ambik lukisan sampai Tingkatan 3 je, ini je lah yang mampu di hasilkan. Jadi ke gambar Tom n Jerry tu ek? Apa pun, thank you Wani for the order.


Aktiviti Kemasyarakatan Minggu Ini


Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart

Choc Chip Cheese Cake

Snickers Cheese Cake

Keratan Rentas Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Potongan Red Velvet Cake

Oreo Cheese Cake

Snickers Cheese Cake
Salam semua,

Lama betul tak dapat nak hapdet blog ni sebab masalah teknikal ngan blogger ni. Hari ni sempat lah menggodek2 jap blogger ni, baru lah dapat solution, rupanya kenalah patah balik zaman kuno (yang ini cuma tuan punya blog je lah yang paham :). Anyway, inilah antara aktiviti-aktiviti kemasyarakatan minggu ni. Fruit tart n blueberry cheese tart tu order dari Mona untuk adik dia. Choc Chip Cheese Cake untuk Sal (jiran sebelah bilik), Snickers Cheese Cake order dari ...hmm lupa lagi nama adik ni tapi dah 3 kali dia order cake yang sama. Thank you2 ye dik.  Red velvet cake tu pulak untuk macam2 acara - birthday / belated birthday my niece n nephew n celebration cake jugak untuk all my nieces yang lulus cemerlang for their final exam. The last 2 - Oreo Cheese Cake and Snickers Cheesecake.

Okies, itu je aktiviti untuk beberapa hari ni. Will update more later.



Penat Melampau






Minggu ni memang minggu yang sangat pendek dan penat. Macam2 nak kena buat, nak submit university application form lah, siapkan kerja office lah, meeting lah, prepare untuk kursus dan macam2 lagi selain tempahan2 last minit yang den terima jugak. Btw, kek lapis asam manis tu untuk customer dari Ampang. Dah lama dia booked, strawberry cheesecake lagi untuk Rita nak bagi kat bos dan kengkawan yang ditinggalkan di MOF dan moist Chocolate Cake untuk besday anak my mom's friend di Shah Alam.


Macam-macam ada...kek gempa bumi pun ada









 176 cuppies pelbagai design untuk Piah dan kawan2.

 Oreo Cheesecake
 Choc Chip Cheesecake with MnM
 Strawberry Cheesecake untuk Rita. Nampak tak garisan gempa kat tengah cake tu? Hi..hi, tertinggal lama sikit dalam oven semalam sebab duk sibuk lak nak mengadun cupcake, terus lah merekah cheesecake tu.

 Saki baki kek yang tinggal untuk tapau balik rumah :)

Semalam adalah hari penat sedunia. Semua benda nak kena buat dalam satu hari..hui, pengsan akak. Semalam dapatlah bake 3 biji cheese cake dan 176 biji chocolate cupcake. Chocolate cupcake ni order dari Piah dan kawan-kawan dari TNB sekali lagi. Terima kasih ye Piah sebab tak serik rupanya mengorder cupcake lagi. Terima kasih juga pada PA bos aku Aiyun yang order lagi sekali Choc Chip Cheesecake dan Oreo Cheesecake dan last sekali aku buat Strawberry Cheesecake untuk farewell officemate aku Rita.


Jom Main Masak-Masak 2 : Telur Dadar Cheese Yummy

Okies, bertemu kita untuk part 2 sesi main masak-masak. Cewah, macam pengacara program masakan lah pulak. Hmm..nak masak apa hari ni ye? Kita masak simple2 je. Yang ni gerenti boleh masak balik kerja nanti. Aku ni jenis tak makan telur, tapi tak lah sampai tak boleh makan sebab takut susuk terkeluar pulak he..he..tipu je. Tapi kali ni kita modified sikit resepi telur dadar yang biasa tu jadi lebih yummy. Resepi asal dapat dari buku resepi (aku kan suka beli buku resepi banyak2 dan simpan jadi tukun).

Mula-mula macam biasa lah kan kena sediakan bahan-bahannya. Ini untuk sekali hidangan, aku makan berempat anak beranak.

1 labu bawang besar
3 biji telur (Nak lebih, tambah lagi telur)
2 sudu makan susu segar
2 - 3 batang sosej ayam (ini yang ada - nak letak apa pun boleh, udang ke, sotong ke, daging ke suka hatila)
sedikit sayur campur
sedikit garam dan lada sulah
Sedikit parutan keju mozarella (Kalau tak de pun takpe tapi tak jadi le telur dadr cheese ek)

 Memula pukul telur dan garam dan lada sulah, ketepikan.

 Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.

 Pastu, masukkan sosej tadi, goreng lagi.

 Masukkan pulak sayur campur.

 Masukkan telur yang dah kena pukul tadi. Goreng sampai kuning.

 Dah kekuningan boleh tabur parutan keju mozarella dan kaup balikkan telur tu pastu lipat dua mcm apam balik tu. Tapi, aku bab ni memang fail sikit ler.


 Okies, rupa telur dadar cheese yang dah siap, boleh dihidang dengan sos kegemaran. makanan ni boleh jadi appetizer atau makan ngan lauk lain. Tapi, semalam kitorang anak-beranak makan macam tu je. Perghh..kenyang tu, tak yah makan nasi dah.
Buktinya, tengok..licinkan. Selamat mencuba.


Related Posts with Thumbnails