Diam tak diam, pejam celik..pejam..celik...kita dah nak sampai ke penghujung tahun. Cepat betul rasanya masa berlalu. Memandangkan tahun 2010 dah pun nak berakhir dan buku baru 2011 pun hampir nak bermula, maka kedai akak pun akan di tutup untuk memberi laluan kepada anak2 yang dah nak mula sekolah tahun depan. Sebetulnya, kami sekeluarga nak bercuti sebelum sekolah mula tahun depan. Jadi dengan rasminya, order untuk tahun ni tidak akan diambil lagi. Kepada yang nak order, tahun depan boleh lah...
Tapi, sebelum tu, memandangkan sambutan sejak akhir2 ni agak menggalakkan, maka Dalissa Sweet Treat rasa macam nak treat "pengikut" yang bertuah iaitu Pengikut yang ke ...250. Jadi, kepada sesiapa yang bertuah menjadi follower ke 250, hadiah istimewa menanti anda...jeng..jeng..jeng...
Apa hadiahnya, biarlah rahsia tapi pastinya sesuatu yang sunggguhhhh menyelerakan dan menggebukan..ha..ha..ha..
Kepada semua, selamat tinggal tahun 2010 dan selamat datang tahun 2011. Kepada semua yang dah jadi, pernah jadi atau teringin nak jadi pelanggan Dalissa Sweet Treat, terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan dan silalah berkunjung ke kedai saya yang tak seberapa ini ye. InsyaAllah, tahun 2011 Dalissa Sweet Treat akan cuba menyajikan hidangan yang lebih enak lagi.
Adios Amigos....
0 comments:
Post a Comment