Ulang Tayang Lagi

 
Salam semua,

Sebelum terlambat walaupun dah lambat sebenarnya tapi nak jugak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa lah ye. 

Entry kali ni sebenarnya merupakan ulang tayang pengumuman yang dah kali ke berapa pun tak ingat. Bukan saja suka-suka nak buat ulang tayang tapi mungkin ramai yang masih tak perasan kut, jadi terpaksalah di ulang tayang banyak-banyak kali.

Untuk kesekian kali nak announce yang Dalissa Sweet Treat sudah denga rasminya menutup operasi sejak bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Bukan sebab bulan puasa je tapi sebab ah kak dah nak gi sambung belajar nun jauh di negara atas angin. Jadi memandangkan ah kak nak gi belayar jauh, maka tak dapek ler nak memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya sentiasa menelefon dan meng'sms' tanya masih boleh ambik order ke tidak. 

Jauh di sudut hati ini...hee....memang tak sampai hati nak hampakan permintaan pelanggan yang setia menyokong bisnes kecil-kecilan ah kak ni tapi apakan daya...barang-barang sedang dalam proses pembungkusan ye dik non..maka tak dapek ler nak nolong nye.

Jadi kepada semua kengkawan, customer2 dan bakal2 customer, kalau nak order juga kenalah tunggu ah kak balik ke tanah airku yang terchenta ini tahun depan, tapi kedai akan dibuka semula tahun 2013 InsyaAllah.

So uolls, akhir kalam Dalissa Sweet Treat mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang pernah singgah kat kedai kecik ah kak ni. Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang kepada semua umat Islam dan sehingga kita berjumpa lagi. Sebelum berpisah..sob..sob..kita layan je lah gambo2 ni....










5 comments:

fazilzura said... [Reply to Comments]

TAHNIAH kak ..

semoga selamat pergi & pulang

* kalau sudi , aci belikan FM tuk zura..
(hrp2 stil kenal zr, kite jmp depan metro kajng )

Anna said... [Reply to Comments]

Tq Zura,

Apa pulak tak ingat. InsyaAllah, kalau ada rezeki.

Myza Pesona said... [Reply to Comments]

Anna,
Nak ke mana pulak ? Apa pun, 'All The Best To You"!

Anna said... [Reply to Comments]

Myza,

Nak buat Master kat UK.

Myza Pesona said... [Reply to Comments]

Anna,
Good Luck & All The Best To You! May success be with you...Amin..!

Related Posts with Thumbnails