Hantaran Zaman Moden


Salam semua,

Cuti-cuti sekolah ni ramai jugak yang buat majlis perkahwinan kan. Hantaran sekarang ni pun dah macam-macam ada. Semuanya dah semakin versatile dan modern. Macam update kali ni. Sekarang ni bukan strawberry je celuup dengan coklat, segala jenis buah pun boleh celup dengan coklat dan ada yang khas untuk dibuat hantaran.










Yang kat bawah ni pulak kek batik cheese coklat. Basenya adalah kek batik biskut marie yang klasik tu dan dilapisi dengan cheese dan di salut dengan coklat.






Enjoy the sweet treat peeps!..






Baking Is Always Fun Class

Salam semua,

Okay, walaupun minggu lepas kira minggu yang agak padat dengan pelbagai acara kemasyarakatan tapi sempat jugak menyelit buat satu kelas yang masih juga padat atas permintaan.

Kelas kali ni student belajar buat Rainbow Lemon Cheesecake, Light Blueberry Cheese Cake dan Red Velvet Cake in Jar.



Ini lah rupa peserta yang ceria dengan hasil kejadian hari tu. THis class I called a fun class sebab walaupun padat, tapi still di buat secara santai. Semua orang sempat buat kek dengan jayanya, sempat makan, solat, susukan anak, tidurkan anak, mandikan anak pun sempat wakaka....Bukan apa, cik Yus ni dia bawa anaknya sekali masa kelas ni, so kenalah juggle between nak belajar and nak uruskan baby. Anyway, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Rainbow Lemon Cheesecake air tangan sendiri.

Light Blueberry Cheesecake

Last but not least, Red Velvet Cake in Jar.

Enjoy the pics peeps!....



Minggu Yang Padat

Salam Hari Isnin semua,

Biasanya hari Isnin ni mandom je nak kerja kan, tambah2 pulak tengah cuti sekolah panjang ni, orang pun ramai yang bercuti. Samalah dengan tuan tanah ni, malas betul nak kerja hari ni, tambah pulak sepanjang minggu lepas penuh je acara dari pagi sampai ke malam.

Okaylah, just nak update aktiviti kemasyarakatan minggu lepas. Rainbow cake in Jar and push up ni untuk my husband punya officemate. Dia tempah sekali untuk buat hantaran, so disebabkan ah kak ni jarang2 kali membuat gubahan hantaran, maka jadilah design bidan terjun ni. Ini pun pagi2 lepas subuh baru terkedek2 nak buat. 












Rainbow Cake in Jar



Ini pulak snickers crepe untuk cik Ayun yang comel. Dah lama tak buat crepe rasa kekok pulak :)


Chocolate cake ball 



Snickers cake for Zura and Beth, tq darl :)



 




Last but not least, snickers cheesecake untuk Mas for her daughter's birthday, Adra Marissa. Enjoy the sweet treat peeps!...



Macaron Yang Misteri

Salam semua,

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni al macaron ku semuanya memakai skirt, tak kiralah skirt kembang ke atau skirt labuh wakaka...

Neway, macaron ni memang lah kuih yang ajaib. Walaupun dah berpuluh kali buat macaron ni, masih ada lagi benda2 baru yang kita akan jumpa. Contohnya macam untuk order kali ni, ah kak buat 100 pcs of macs dengan menggunakan putih telur yang dah di aged kan beberapa hari but for the first batch, it's a total disaster, waktu pun tengah hujan, so i guess cuaca lembap tu mempengaruhi kejadian my macs. 

The next one I made it at night yang panas berdeting as usual, all my macs jadi cantik and I even replace the earlier egg white with a fresh one at room temperature without aging it for days, only for 1 hour and it turns out nice, with skirt and silky smooth surface.

Makanya, ah kak pun tak tau lah after this nak aged the egg white or is it just my luck????










This macs order came from a chinese student of Sri Cempaka School. Nak buat charity sale katanya.



Last but not least, my last minute pavlova for Syikin. Sebab last minute, tak dapat lah buah strawberry, yang tinggal buah naga je...anyway, tq to Syikin yang secepat kilat bagi feedback...gelabah ahkak sekejap :) 

Enjoy the sweet treat peeps!


Premium Cake - Snickers Cake

Salam semua,

Hari ni sebenarnya tak boleh jugak nak berceloteh panjang sebab order tengah berderet, badan pulak tak berapa nak sihat dan macam-macam lah hal2 lain yang bersangkut paut.

Anyway, just nak introduce DST Premium Cake - Snickers Cake. Ini bukan Snickers Cheese Cake ya tapi kek yang rasa ala2 macam makan snickers..ha..macam mana tu. Hihi...check this out..




Snickers Cake -A cake reminiscent of a Snickers bar - chocolate cake with a peanut nougat filling, covered in a salted caramel buttercream and topped with chocolate ganache, salted caramel and chopped peanuts.






Fleur de Sel Salted Caramel


For sure yang buat dia rasa macam makan snickers is the noughat filling..yummih...




Makan sekali, teringat2 nak makan lagi, macam mana tu? Hihi..enjoy the cake peeps!



Update..update

Salam semua,

As usual tak boleh nak cerita ceriti panjang2 sebab banyak kerja2 luar jangka yang menanti heee....

Enjoy the sweet treat peeps!



Snickers Cheese cake for my neighbour




Moist Choc Kit Kat Cake



Last but not least, rose sugar cookies.



Related Posts with Thumbnails