Di kesempatan yang singkat ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya sepanjang blog ini dilancarkan, terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran yang tidak disengajakan.
Kepada pelanggan yang setia, masih setia dan masih tidak putus-putus menghubungi saya untuk menempah kek, cupcakes dan lain-lain, saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas sokongan yang tidak henti-henti. Walaubagaimanapun, keampunan di pohon kerana kebanyakan tempahan terpaksa di tolak kerana keadaan yang tidak mengizinkan buat masa ini.
InsyaAllah, jika ada umur panjang, saya akan kembali mengambil tempahan semula. Buat masa ini, saya akan berehat panjang bagi menguruskan kelahiran bayi ketiga dan urusan-urusan yang sewaktu dengannya. Jika diizinkan Allah, mungkin tahun hadapan Dalissa Sweet Treat akan beroperasi semula.
Salam Ramadhan dan Aidilfitri.
1 comments:
selamat hari raya kak..
Maaf Zahir dan batin
Post a Comment