Menu Baru

Salam semua,

Wah lama betul tinggalkan kedai kek ni, macam dah bersawang2 je rupanya. Hee..neway, ni ada menu baru tapi kalau nak order kenalah tunggu tahun depan ye bila akak selamat pulang ke tanah air. 

Buat masa ni boleh jamu mata je lah :)



Fruit tartlet with creamy custard cream


Oreo Cheesecake Truffle


 Butterscotch Choc Chip Cookies




Vanilla Cake with Oreo Cheesecake Truffle and Strawberry Buttercream


Happy Birthday Lil Rascal

Salam semua,

Wah, dah lama betul rasanya tinggalkan dapur ni kan. Ingatkan sempatlah nak hapdet, rupanya bukan tak sempat tapi malasnya mak oi...tahap gaban betul. 

Neway, ni kira update terbaru sejak menjejak kaki ke negara atas angin ni. Today or yesterday lah kiranya is my son second birthday. Since dia teramat sukalah dengan bola, maka dapatlah sebijik kek bola ni.

Ha..di kesempatan ini juga nak mintak tolong pada semua, jangan lah pulak mintak ah kak buatkan kek ni ye sebab akak ni duk jauh beribu batu ni dik nun oi. Mungkin ramai yang tak berapa nak perasan pengumuman2 yang dibuat sebelum ni sebab ramai lagi yang email nak order kek urgent..hihi...tak dapek ler nak nolong nye.


Kalau masih ada yang teringin, tunggu lah ah kak balik dan mula operasi balik tahun 2013, itu pun kalau tiada halangan sebab InsyaAllah, balik nanti bukan berlima lagi, tapi tambah lagi sorang..hehe..production gak tu.


Neway, kepada yang masih sudi nak mengorder tu, ima kasih bebanyak atas sokongan uolls tu, tapi macam yang dah dimaklumkan, tak dapatlah nak ditunaikan buat masa ni. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi tahun 2013. Buat masa ni, layan je lah ah kak punya hapdet yang tak seberapa ni.

Oh ya, ni ler rupa budak yang dah masuk 2 tahun tu...




Wordless Wednesday # 9



Selamat Hari Raya

Salam semua,

Kepada semua pelanggan, rakan dan taulan, Dalissa Sweet Treat mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. 

Di kesempatan ini juga ah kak memohon ampun dan maaf seandainya ada bicara yang terkhilaf dan perbuatan  yang menyinggung perasaan.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan bila ahkak balik ke tanah air ku yang terchenta...Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.



Ulang Tayang Lagi

 
Salam semua,

Sebelum terlambat walaupun dah lambat sebenarnya tapi nak jugak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa lah ye. 

Entry kali ni sebenarnya merupakan ulang tayang pengumuman yang dah kali ke berapa pun tak ingat. Bukan saja suka-suka nak buat ulang tayang tapi mungkin ramai yang masih tak perasan kut, jadi terpaksalah di ulang tayang banyak-banyak kali.

Untuk kesekian kali nak announce yang Dalissa Sweet Treat sudah denga rasminya menutup operasi sejak bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Bukan sebab bulan puasa je tapi sebab ah kak dah nak gi sambung belajar nun jauh di negara atas angin. Jadi memandangkan ah kak nak gi belayar jauh, maka tak dapek ler nak memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya sentiasa menelefon dan meng'sms' tanya masih boleh ambik order ke tidak. 

Jauh di sudut hati ini...hee....memang tak sampai hati nak hampakan permintaan pelanggan yang setia menyokong bisnes kecil-kecilan ah kak ni tapi apakan daya...barang-barang sedang dalam proses pembungkusan ye dik non..maka tak dapek ler nak nolong nye.

Jadi kepada semua kengkawan, customer2 dan bakal2 customer, kalau nak order juga kenalah tunggu ah kak balik ke tanah airku yang terchenta ini tahun depan, tapi kedai akan dibuka semula tahun 2013 InsyaAllah.

So uolls, akhir kalam Dalissa Sweet Treat mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang pernah singgah kat kedai kecik ah kak ni. Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang kepada semua umat Islam dan sehingga kita berjumpa lagi. Sebelum berpisah..sob..sob..kita layan je lah gambo2 ni....










Entri Menyiksa Mata

Salam Ramadhan semua,

Sebelum terlambat, ah kak nak ucap selamat menjalani ibadah puasa kepada semua dan semoga setiap amalan yang kita kerjakan dalam bulan yang berkah ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Terus rasa macam Ustazah pulak pepagi ni...hee...

Neway, entry ni patutnya letak sebelum posa hari tu lagi tapi seba hingga ke saat akhir duk sibuk menyiapkan order ni maka terbantutlah hasrat. Nak tak nak, terpaksalah jugak ku tayangkan gambar makanan dalam bulan2 posa ni...


Pavlova untuk Aileen. Tq Aileen.


Snickers Cheesecake untuk Sara yang comel.




Moist Choc Cake untuk Birthday Girl - anak buah Tina.



Rainbow Cake with Macaron and tema macam-macam ada (hee...) untuk Birthday Azam, anak Tina.




Fruit Tart and mix Macaron untuk majlis Tina ni. Alhamdulillah, macam tau2 je lepas ni dah tak buat macaron ni, elok pulak menjadinya kali ni.


Hapdet Yang Panjang

Salam semua,

Lama tak bersiaran, kali ni kita bersiaran panjang sikit. Tapi tak de benda pun nak di celotehkan. Neway, minggu ni ada 3 order je tapi kuantitinya agak banyaklah jugak, tu yang dah rupa lipas kudung je bila balik kerja kena tukar shift...hee...


Ini order dari Nahar untuk makan2 sempena birthday anak dia Qaseh. She ordered macaron and snickers cheese cake. Kali ni punya macaron aku buat guna original french method. Nampaknya untuk chocolate macs memang method ni yang palingmenjadi buat masa ni hee.....








Yang kat atas ni pulak order dari Juliana untuk Birthday anak dia jugak. She ordered 100 pcs cupcakes, snickers cheese cake, moist choc cake and 50 pcs macs. Ini pun ada cerita jugak. At first memang nak buat macs kaler2, tapi nampaknya minggu ni  macs ku asyik merajuk, cuma choc macs ni je yang nak menjadi, itupun dah nak dekat kul 4 pagi menunggu last batch macs ni.


Last but not least moist choc cake untuk Mas my batch mate. Kek ni untuk birthday anak buah dia, nak kartun madagascar.


Macaron Haru Biru

Salam semua,

Dah lama kan tak bersiaran. Minggu ni memang caca marba betul. Macam-macam ada, order pun banyak tapi semua nak hujung2 minggu, so makin kelam kabut lah sikit hidup ku ini. Very short update sebab dah tak larat nak ngomel panjang ni, banyak lagi agenda yang kena di penuhi hari ni.

Pavlova untuk Ida. Tq Ida.



 Macam2 posisi macaron ni ha. Alkisah macaron hari ni hampir satu tray telur ku jadi habuan cik tong sampah. Huh..memang tersangat penat bila tengok semua macaron tu tak menjadi. Masa yang di ambil bukan sekejap..tapi nak buat macam mana. Nasib baik lah bancuhan kali terakhir ni menjadi. Semua macaron ni untuk Emma yang nak buat hantaran bertunang adik dia kat Singapura. Phew..nasib baik menjadi, kalau tidak terpaksa lah ko gi beli yang instant Emma.....
Akhirnya macaron berjaya di packkan untuk hantaran....Tq Emma...

Hapdet Minggu Ni

Salam santun semua,

Okies, update kali ni tak banyak cuma vanilla pavlova untuk Fiza, Ina dan Wan Aishah. Kali ni tak de stoberi2, tak sempat nak petik dah habis di borong lah gamaknya. Dah merata cari tak berhasil, at last kita petik buah black berry ni lah.




Ini pulak untuk Siti Sarina, jiran sebelah opis je rupanya. Tq Sarina.


Last but not least Macs for Ina @JPJ and Aileen & Friends.


Related Posts with Thumbnails