Tak habis lagi alkisah bz body ni. Sebab bz body sangat, nyaris lupa nak wat Marble Cake ni untuk jamuan perpisahan kat opis.
Jamuan ni nak raikan Kak Ramlah yang bersara pilihan. Dah 32 tahun berkhidmat dan hampir 15 tahun kat Department aku ni. Terus terpikir, aku nanti sempat ke tunggu sampai bersara ke aku bersara awal ke aku....banyak le ke nya kan....
Marble Cake
Tak lupa mekacih pada peminat-peminat Macs yang tak putus2 mengorder sampai nak terpengsan2 buat si macs yang sungguh fragile hati budinya ini. Bila tak menjadi rasa nak cair aku kat dapur di buatnya. Mana taknya kalau bertray2 jadi habuan Cik Tong Sam.
Tapi ku gigihkan jua menggantikan macs yang dah terkorban itew demi customer yang beriya-iya nak merasa kemanisan macs ini ya. Kepada yang belum pernah makan macs ni sekali lagi selepas beribu2 lemon ku katakan yang macs ini memang sejenis manisan yang so sweet gitew. For sweet tooth memang ok tapi kalau tak berapa suka manis, ok2 je lah. As for me, aku pun tak gemar sangat manis2 tapi bila dah biasa makan macs ni, aku rasa tekak aku boleh terima mungkin sebab texture dia yang rangut dan chewy bila dimakan.
More n more macs. Thanks to Najiha - 30 pcs vanilla and choc macs, Rina - 25 pcs mix, Nor - 25 pcs mix and Azie - 20 pcs mix.