Bila Tiba Musim Durian

Salam semua,

Sejak mula musim durian ni, permintaan untuk Durian Crepe ni pun makin menjadi2. Habis dengan ahkak2 sekali kena tempias, more or less kena paksa buat DC ni.

Bukanlah tak nak buat, tapi bila mengenang nak membuat kulit crepe yang banyak tu dan makan masa berejam2 berdiri, huh..memanglah agak mencabar di saat tengah sarat membawa perut ni tapi tak pe ahkak gagahkan jugak.

Btw, kali ni buat dua jenis filling. Yang kuning tu letak custard creme and durian dan yang putih hijau tu pakai whip cream and durian. Nampaknya sambutan untuk filling custard creme tu agak memberangsangkan sebab memang rasa macam makan ais krim vanilla ngan durian..hihi...




Kepada semua yang mengorder DC ni toche2 ya laling2 sekalian. kalau larat, ah kak bukak lah order lagi ek.





Last but not least, sempat jugak lah menyelit order snickers cheese cake and fruit tart ni untuk Amalina.  Enjoy the sweet treat peeps...



2 comments:

monamie said... [Reply to Comments]

kak zu..pasaipa mona nampak kaler hijau kuning..takda pon putih??? adakah mona salah bc..x mungkin, 3 kl ulang baca =d

Anna said... [Reply to Comments]

Ahaha, silap tulis lah tu, kaler hijau :)

Related Posts with Thumbnails