Macaroonian






Salam semua,

En3 kali ni spesel untuk Macaroonian Fan. Memang ramai peminat macaroon ni rupanya. Tapi kali ni punya order mostly untuk mereka yang baru first time nak rasa kelazatan macaroon ni. 

Macam entry yang lepas2 jugak, macaroon ni sejenis cookies yang sangat rapuh dan rangup di luar tapi so chewable bila dikunyah sebab di hasilkan dari putih telur, gula dan badam. Kalau yang sweet tooth tu memang sesuai sangat ler, tapi kalau yang tak berapa suka manis2 ni mungkin tak berapa nak gemar lah. 

As for me, macaroon ni memang tak puas makan sekali. Kali pertama tu cuma nak sesuai kan rasa je, kali kedua dah mula rasa addicted. Tapi different people ada different preference lah kan. Btw, just to inform yang slot untuk Ahad depan ni dah penuh ya. Mekacih...




Cheesecake Marathon






Salam semua,
Cerita hari ni pasal marathon, bukan marathon yang berlari tu ya tapi marathon membuat cheesecake. Disebabkan kesibukan akak ko yang mengalahkan PM ni maka berkejaran lah malam tadi membakar 3 biji cheesecake berlainan jenis dan acara ni sebab semua customer nak datang ambik hari ni. Nasib baiklah muat peti ais ku itew. Nasib baik ler yang mengorder tak datang ambik masa yang sama, kalau tak bukan marathon lagi dah, ini dah jadi acara lari pecut nih. Anyway, mekacih pada Syafizan yang order Sncikers Cheese Cake untuk Birthday anaknya Zahin, to my officemate/batchmate Razi yang order Blueberry Cheesecake untuk Birthday diri sendiri dan isteri. Last but not least my long time classmate/schoolmate Eena yang order Oreo Cheese Cake untuk Birthday anaknya Hakim. Thank you uolls....





Hari Ahad Saje Ye


Salam semua,

Tak sempat-sempat nak hapdet blog ni dek kesibukan gi berkursus. Anyway, just a short announcement kepada yang nak mengorder macaroon, atas sebab-sebab kesempitan hidup eh masa, maka macaroon hanya boleh di order untuk di collect pada setiap hari Ahad sahaja dan setiap slot cuma 4 order sahaja yang dapat dilayan dengan minimum pembelian sebanyak 25 bijik. Jadi, kalau tak nak terlepas bot, silalah melapor diri di kaunter pendaftaran di mummymodern@yahoo.com atau sms @0132336336. Sebarang kesulitan teramatlah dikesali ye. Tq.





Menunaikan Hasrat

Salam Isnin semua.

Memanglah Isnaini adalah hari yang paling mandom sekali dalam banyak2 hari. Aku pun agak mandom hari ni tapi ku gagahkan jugak kaki ni melangkah ke opis sebab nak hantar whoopie pie orang pregnant ni. Orang pregnant ni kita kena cepat2 tunaikan hasrat hati dia, takut meleleh ayaq liuq baby tu bila lahir nanti..hah..itu adalah antara kepercayaan atau kebolehpercayaan orang tua2 lah kan.

Anyway, whoopie pie ni order dari Batch Mate aku Siti yang tengah pregnant anak kedua.




Snickers Cheese Cake ni pulak saje buat kalerful sesuai ngan tema untuk Belated Birthday Geng Bas Sekolah aku Zura.


Bajet Punya


Salam semua,

Hari ni tak de yang luar biasa melainkan yang biasa-biasa je. Order ni pun untuk yang bajet-bajet je, bak kata yang mengorder lah kan, kita yang buat pun ikut je.



Demam Macaron Lagi



Demam Macaroon melanda lagi. Aku ni nasib baik lah buat sendiri, kalau beli mau berpuluh biji sekali kena beli. Mana taknya, baru keluar oven, ngap masuk mulut dulu. Baru nak letak filling, ngap masuk mulut dulu. Nasib baik cukup untuk order orang nih, kalau tak mau nangis nak kena buat lain.

Grab Your Discounted Item @Jipaban Today

MAD Deal of the day!



Jadi Ke Tak Ni?

Salam ceria semua,

Ceh, ala-ala macam Pengacara Rancangan Kanak2 lah pulak kan. Anyway nak citer pasal kek ni yang di order oleh kawan lama masa kat Uitm Suzy untuk birthday anaknya - Syasmeen Batrisyia. Dia kata dia tengok gambar kek yang ada kartun madagascar ni kat blog orang pastu minta aku buat yang lebih kurang sama. Puas lah ku telek gambo2 kat Internet tu, ate..akak kan amatur, tak pernah ler lagi berkecimpung dalam dunia membuat figurine ni. Tapi dek tak nak  menghampakan permintaan, ku gagahkan jugak lah menguli bentuk2 menatang ni. Tak tau ler jadi ke tidak rupanya. 

Anyway, thank you Suzy yer.



Macaron oh Macaron



Macaroon..oh..macaroon. Memang tak puas lah makan macaroon ni. Kepada yang tak pernah rasa, macaroon ni rasanya crispy kat luar, chewy bila di gigit dan manis-manis gitew.

Kali ni buat vanilla macaroon dengan peanut butter filling.
Btw, ada extra 1 box of 36 pc kalau ada sesiapa yang nak ya. Kalau berminat just sms me and boleh collect kat Putrajaya or Kajang.


Jauhnya Order

Order kali ni dari Kak Rosni dan anaknya Ain. Kak Rosni ni nak bawa cupcake ni balik ke Melaka, so petang Rabu kak Rosni akan datang ambil cuppies ni. Dalam kul 6.30 petang Kak Rosni pun sampai ngan anaknya. Rupa2nya kitorang ni duduk setaman je, punya lah dia meng"google" map ke rumah aku. Padahal kalau jalan kaki pun tak sampai 10 minit pun dah sampai...punya lah dekat.



Kak Rosni dan Ain order chocolate cupcake dengan tema kaler biru gitew... Tq kak ye, senang2 singgah lah rumah saya.


Kisah Si Raja Buah

Bagi aku yang tak berapa nak ikut musim buah ni, aku rasa sekarang ni dah start musim durian gamaknya sebab dah makin banyak gerai jual buah ni kat tepi jalan sepanjang jalan nak balik ke rumah aku. Cuma mungkin masih di awal musim jadi harga buahnya pun agak boleh tahan jugak lah dan durian yang di jual pun jenis yang ada Huruf dan Angka tu (D24 lah, etc) bukan durian kampung yang jual 5 biji RM10 tu.


 Alkisah sudah teringin lah pulak nak buat cheesecake Durian ni sejak nampak kat Secret Recipe. Maka ku paksa lah Mr. Hubby untuk beli durian tu. Sekali 2 bijik dia bawak balik. Aku tanya berapa harga ni, sekali 45 hengget da...pergh..ni harga kulit ke apa? Tapi nasib baik isi cantek...jadi tanpa berlengah lagi..baik aku buat Cheesecake ni kalau tak mau kena sumpah ngan laki aku...





Ini lah rupanya...kek si Raja Buah. Memang King lah kek ni...tak caya? Cuba order..he..he tapi time musim buah Derian je ye..


Related Posts with Thumbnails