Homade Pizza


What's for dinner? Dah lama nak cuba buat pizza, so tonite, made this mini pizza for dinner. Actually terlupa nak snap gambar masa keluar dari oven. Dah makan baru teringat. The recipe is quit simple. Found it at MyResipi.com and the topping tu alter it ikut selera sendiri n bahan-bahan yang ada.
Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )
500 g tepung roti
12 g garam
8 g yeast
16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
250 ml air suam

Topping:
shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
tomato paste secukupnya

Cara-Cara:
Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.
Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
Letak kan topping pilihan.
Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.


Related Posts with Thumbnails