Berjangkit-Jangkit Pulak Ye

Nampaknya demam whoopie pie ni dah berjangkit pulak. Memula jiran sebelah, kali ni jiran seberang bilik pulak. Cuma kali ni whoopie pie ni jadi topsy turvy sebab traditional whoopie pie ni, cookies nya chocolate dan fillingnya samada cream cheese atau peanut butter. Tapi kali ni permintaan spesel Cik Aiyun, nak whoopie pie perisa strawberry dan peanut butter filling. Tak kisah lah, comel jugak jadinya, macam tuan yang order...



Kat bawah ni pulak, second round buat red velvet pop cake, cuma kali ni salut guna candy melts yang baru di restock. Baru puas hati den.




Si Baldu Merah Pujaan hati



Kali ni kita gabungkan entry ni. Si Baldu Merah ni aka Red Velvet Cake yang dah bersalut cream cheese dan di tabur pulak dengan choc chip. Pastu sebab ada m&m lebih, letak lak kat tengah2 tu. Hi..hi..ni design meraban namanya. Btw, kek ni di order oleh Sal again my next door neighbour. Disebabkan dah bersalut, tak dapek ler nak tengok kaler merah cake tu ya. 

Yang satu lagi tu kek pujaan hati aka Snickers Cheese Cake di order oleh Cik Diyana untuk kawannya..kata dia lah :). Tq..tq..

 


Kek Pujaan Hati

Ini pulak kek yang mendapat tempat di hati ramai pelanggan kedai ni lah, tak lain tak bukan Snickers Cheese Cake. Cuma hiasan atas tu tukar selera sikit, selalu letak kacang, kali ni letak M&M bagi meriah. Tapi yang warna coklat tu nampak frost pulak, sebab baru keluar dari fridge. Btw, kek ni order dari Liyana untuk hari bahagia dia. Congrats ye :)

 


Mengintai Whoopie Pie Jiran Sebelah



Hi..hi..mana ada mengintai. Ni ha, jemput tengok peanut butter chocolate whoopie pie untuk jiran sebelah bilik ku Sal. Dah banyak kali buat whoopie pie ni tapi tak pernah sempat nak snap, asyik kena ngap je. Kali ni cepat2 snap sebelum hantar kat jiran sebelah. Thank you ye Sal.

MAD deal of the day - RM 8 for tropicalitea and large cookie at The Tea Republic!



Free Ni..Sapa Cepat Dia Dapat


Mari..mari..sila rapat..ni ada pengumuman terpenting. Siapa cepat, dia lah dapat. Kepada sesiapa yang nak order macaroon ni, sekarang tak dapek ler nak buat sebab jadual dah penuh. Lepas CNY ni boleh booked your date. Tapi kali ni kepada sesapa yang tinggal berdekatan Putrajaya boleh lah dapatkan free sample macaroon ni. Kut lah nak buat rasa, pada sapa yang tak pernah makan lah. Tak banyak, ada 10 paket je. Cara paling cepat sms @0132336336 (tak yah lah tipon ya, cukup lah sms je). Cara kedua, boleh email kat mummymodern@yahoo.com dan ketiga, boleh gak tinggal jejak kat FB.

Cepat..cepat..mari rembat.




Al kisah Pop Cake Yang Meriah



Kisahnya masa buat pop cake ni candy melt sudah tinggal sikit. Ate malam pun dah semakin larut, soheh lah kedai semua dah tutup..sila tampar pipi sendiri sebab lupa nak buat stock check. Ok..pang..(tak merah sebab pukul pelan2...). Alternativenya ku guna lah couveture choc yang masih ada dalam kabinet ku itew. Tapi bila pakai choc jenis ni memang bapak lah lembab nak keras. Mata dah mengantuk, esok nak kena bangun pagi pulak (ni cerita hari jumaat sebab sabtu Dalea kena sekolah ganti). Last2, terpaksa lah ku salut ngan gegula warna-warni ni supaya tak melekat masa nak masukkan dalam plastik ni...anyway, nampak meriah sikitkan???(berkata sendiri untuk menyedapkan hati). Btw, pop cake ni di order oleh Klynn untuk adiknya. Isi dalamnya red velvet cake with cream cheese frosting.


Kek Kawan Lama


Ha..kek ni order dari kawan lama - Rin. Kami kawan sekelas masa Diploma kat UiTM tahun 95 dulu. So dah boleh agak ler berapa umur kitorang kan...tapi Rin tetap maintain macam akak gak walaupun dah anak tiga. Caiyuk..caiyuk...

Ben 10 dan Thomas


Walaupun banyak perkara kalau diikutkan hati nak bercerita tapi kalau yang kena mengena dengan kek cuma cupcake kat atas ni je yang di order oleh kawan ku Salina untuk birthday anaknya Wafiy - 4 tahun. Tima kasih ye Salina, walaupun waktu nak menghantar kek memang agak kekecohan, almaklumlah Cik Kiah, mana nak bermeeting, mana nak menghantor kek lagi, mana nak berborak..aduhaii..betul lah Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel..eh..pernah tengok ke cerita tu??


Minggu Yang Produktif


Minggu ni adalah minggu pertama aku mula bekerja dengan rutin harian yang baru sebab anak-anakku dah mula bersekolah. Rutin harian pun dah berubah sebab kena ikut rentak dan gaya anak2 di pagi hari dan bila balik kerja, aku masih tak habis bekerja macam robot. Tekan suis, jalan terus sampai tutup mata nak tido, itupun tak campur dengan tidur yang terganggu oleh si tecik Aliff pulak.

Anyway, itu adalah cerita yang kalau nak bercerita tak kan habis sampai bila2. Cuma nak cerita walaupun semakin sibuk dengan rutin tambahan yang baru, tapi masih sempat juga menerima tempahan.


Kek pojaan hati - Snickers Cheese Cake dan Wonder Pie yang tak berapa cun but very the sinfull untuk Cik DD yang memang suka makan kek bercheese dan bercoklat kan:)




Hm..dah lama teringin nak wat cupcake tema hitam putih, tapi tak pernah lah pulak ada orang yang order nak tema macam tu. At last, ada gak yang nak. walaupun sebenarnya dalam kepala lebih suka nak buat dengan fondat tapi dah tuannya nak guna cream je lah pulak. Anyway cupcake dan Moist Choc Cake ni order dari officemate - Nani untuk majlis tunang adiknya.


Untuk kek nak kaler merah putih tapi aku tambah choc flow effect tu.


Pembalasan si Muffin II


Eh, macam movie lah pulak kan. Berjangkit2 lak si Muffin ni cuma kali ni kita bakar muffin ni kat rumah orang, tapi buat makan2 diri sendiri..adakah patut? Memang lah tak patut, tapi tak pe sebab bukan rumah orang lain pun, rumah my sister in law. Saje nak test power oven baru dia, so benda yang paling mudah dan cepat ialah buat muffin ler...




Yang ni pulak cupcake coklat dan vanilla order dari Edast untuk birthday anak dia. Edast ni tokey butik tau. Macam2 ada kat kedai dia. Kalau berkenan, sila lah singgah. Thanks Edast ye.

Selamat Datang 2011

Salam semua,
Masih belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru. Btw, kalau ikut kalendar Islam, kita dah lama pun menyambut tahun baru. 


Anyway, apa azam baru tahun ni? Hm..adakah azam lama dah tertunai? Hmmmm...
Apa2 pun, kita semua sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kebaikan semua, betul tak?

Sempena pembuka tirai tahun 2011 ni Dalissa Sweet Treat nak ucapkan selamat datang kepada semua yang baru nak jadi pelanggan dan kepada pelanggan2 setia, terima kasih yang tidak terhingga. InsyaAllah, semoga tahun ini sajian di Dalissa Sweet Treat akan lebih mengancam kolbu..hi..hi..



Order Penutup Tirai 2010


Salam semua,

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, ini lah rupa sebahagian dari kek2 yang sempat disiapkan. Bukan untuk orang lain pun sebenarnya. Kek2 ni semua buat for my sister in law untuk majlis makan2 kat rumah baru dia.





 Moist chocolate Cupcake

 Rocky Road Chocolate Bar

 Double Trouble Cake....Kenapa double trouble ek? Cake ni campuran chocolate and mint. Sejuk je bila masuk ke tekak.


Dah habis makan, tiba masa untuk berendam. Tengok lah anak bujang aku tu, kemain lagi, tak padan yang halus, punya lah seksa nak keluarkan dari kolam.




Walaupun kolam ni sebenarnya bukanlah kolam renang tapi dah nama pun budak2 kan. Memang pantang jumpa air, dah tu kat laman rumah pulak, apa lagi..semua pakat terjun ler..Nasib baik bukan kolam betul, kalau tidak mau mak bapak pun join sama :)

Related Posts with Thumbnails