Macam-Macam Acara

Salam semua,

Hujung minggu ni banyak sangat aktiviti kekeluargaan maka tak sempatlah nak hapdet blog. Neway, order kali ni datang dari Fara dan Aisamuddin unuk majlis tunang diorang. Rasanya diorang ni majlis lain2 tapi macam kebetulan je dua2 nak tempah cupcake yg sama cuma tema je lain tapi ambik time yang sama..hee....sungguh kebetulan.

Fara ni nak cuppies tema kaler purple, pink and white.


Yang ni pulak untuk Aisa, nak kaler Tiffany Blue and White. Kaler Tiffany Blue tu memang ler payah nak cari nasib baik dapat lebih kurang dan berjaya gak ku uli gum paste tu buat bunga rose macam tu sebab si Aisa ni dah tunjuk specific design yang dia nak.


Last but not least a very last minute order dari Hafizah yang dah selalu gak mengorder kek dari ah kak ni.Hafizah nak Moist Choc Cake untuk belated birthday anak dia Imran. Ty uollss....



Siaran Ulangan



Salam semua,

Wah...macam baru je hari tu cakap kita baru menjejakkan kaki ke bulan Jun, tup2 dah nak dekat akhir bulan dah.

Neway, hari ni tak de entry menyiksa jiwa dengan gambar makanan tapi just nak buat siaran ulangan. Untuk semua yang dah jadi customer atau yang baru nak jadi, just to inform yang kedai ini akan ditutup mulai bulan OGOS 2011 sehingga DISEMBER 2012. Maknanya last order adalah pada akhir bulan JULAI sahaja yakni bulan depan ye. Bulan Ogos tu kita dah start puasakan, jadi kena lah bagi laluan pada orang2 yang berpuasa supaya tak tertelan air liur je di siang hari sebab menenang gambar kek je kan..hee....

Ok, tak payah betulkan skrin, memang betul kedai ni kena tutup selama setahun lebih untuk memberi laluan pada ah kak yang nak gi sambung belajar lagi ni. Ah kak ni nak gi belajar kat UK nun, bukan UKM taw. Kalau UKM ai bukak luas2 kedai ni, tapi nun ke United Kingdom makanya takkanlah nak mengangkut segala oven bagai kan.

Pada semua, semoga kita akan bertemu lagi tahun 2013 ya. InsyaAllah, kalau ada umur panjang dan kalau masih ada permintaan, ai akan beroperasi semula macam biasa. Ish...feeling sedey plak pepagi ni..oh la Seth Tan...eh..hee..tak habis2 demam Nora Elena....:)



Demam Pavlova Pulak

Salam semua,

Hmm..hari tu demam macaron, sekarang demam pavlova pulak. Neway, pada yang tak pernah rasa Pavlova ni made of egg white macam macaron jugak. Base dia tu agak crunchy and chewy macam marshmallow sikit2 dan manis2, tapi akan jadi ngam bila makan dengan whip cream dan sos serta buah2 yang masam2 sikit macam peach, blueberry atau strawberry.


 Thanks to Nayi and Sara yang order Pavlova ni.

Oh, masih tak lupa macaron untuk Khairul Bariah.

Last but not least, tak lupa jugak to Fara yang order kek pujaan hati ni (Snickers Cheese Cake) dengan kacang yang banyak.hee...Tq guys...


Pavlova Lagi

Salam semua,

Ni patut jadi entry semalam ni tapi tertangguh lagi sebab ah kak ni ada sikit bz minggu ni. Neway, Pavlova ni order dari opis mate je untuk Birthday husband, order 2 sekaligus ye...Boleh makan sorang satu..hee..




Last but not least, macaron for Wan Malini and Wan Aishah..eh...macam janji pulak namanya kan...:)


I See Red Pulak...

Salam semua,

Oh, hujung minggu ni agak sibuk melayan dapur dan Nora Elena kat Youtube ..hee...maka tak dapekler nak hapdet blog ni.

Neway, ni order dari Suzana untuk Ladies Night event kat Prima Saujana Golf Club. Tema dia merah, so semua nak merah..nak Red Velvet Cupcake and macaron pun kaler merah.



Tq Suzana for the order but I couldn't make it to come sebab hujung minggu ni banyak acara kekeluargaan dan layan Nora Elena lagi..hee....


I See Orange Hee...

Salam santun semua,

Another quick update. Order ni dari Zurina untuk siapa ya? Mungkin untuk kawan atau sedara lah kut. Zurina atau tuan punya badan nak oreo cupcake tema peach dan oren. Zurina ni nak bawak balik kampung rasanya cuppies ni so nak terus letak dalam kotak dan hias sekali. Ah kak ni bab menghias ni memang fail sikit, setakat hias kek tu ok ler. Hee..neway, ni je yang mampu dik non ye.



Yang 4 lagi ni extra nak buat makan2.....tq Zurina and friend....

Tidur pun mimpi macaron

Salam semua,

Oh I'm back on my feet again. Minggu ni adalah minggu paling mencabar sekali sebab minggu ni bertungkus-lumus menyiapkan order dari Noor yang nak macaron untuk buat doorgift adik dia kawin. Noor order 550 biji macaron ya. Ui..banyak tu dik non, bukan 55 biji, tapi 550 biji, bagi akak peniaga warung kecil-kecilan ni kalau dapat order lebih dari 100 tu kira massive giler lah kan.

Kali ni semua method aku guna, ada Italian, Swiss dan French Meringue. Hampir 120 biji telur jugaklah aku dah pecahkan. Tapi tu lah sebab akak ni bukanlah pro kan, sedangkan yang pro pun kengkadang ada jugak kalanya macaronnya tak menjadi, apatah lagi akak ni. Sebab tu memang saja dilebihkan putih telur tu untuk cover batch yang tak menjadi. Penat ayam bertelur kan??/


Neway, akhirnya setelah habis berpenat lelah, dapat jugaklah ku menyiapkan order Noor ni. Noor nak 100 biji untuk makan2 dan lagi 450 tu nak letak dalam bekas 3 sekawan untuk buat doorgift.


Time kasih lah kat Noor yang sudi dan percaya 100% aku mampu untuk buat macaron ni. Dah banyak2 method dan dah banyak kali memutar ada lah jugak macaron yang pelbagai rupa, ada yang licin, ada yang gebu, ada yang pakai skirt tinggi, ada yang pakai skirt kembang kat tepi, ada yang muka licin macam telur, ada gak yang berjerawat sikit macam bulan..hee..tapi Noor kata ok semuanya. Alhamdulilah. Bila terkenang saat nak buat macs ni rasa tobat dah tak nak ambik order. Tapi bila dah siap ni..hemm..mulalah..berderet lagi order menunggu minggu depan...hee....

Hari ni baru lah boleh tido sambil senyum...kalau tidak dalam tidur pun boleh mimpi macaron ni taw....ahaks...propa lah...
Last but not least, 50 pcs blueberry cheesetart untuk en hubby's potluck. Ni pun jenis suka cakap last minit, nasib baik laki sendiri, kalau orang lain memang dah kena reject. Tu pun sebab buat2 suara mintak belas kasihan.."I ada potluck esok ni...takpelah tak yah buat apa2, I beli je lah kuih2 esok pagi..U tak sempat dah kan nak buat apa2..?"..Ha...ayat memang tak boleh blah kan...Nasib baik aku ni superwoman..hee......



I Dream Macaron

Salam semua,

Minggu ni akan jadi satu lagi minggu yang haru biru. Last weekend memang haru sebab hampir semua adunan macaron ku masuk tong sampah. Tak tau lah apa lagi yang silap, mungkin aku yang penat sangat kut, mana taknya, dua hari ni asyik duk mengadap dapur buat si macs ni. Dah dekat 80 biji telur di pecahkan..hee...

Neway, nak update order dari my Batchmate Ija. Ija order Red Velvet Cake and macaron untuk buat hantaran.









Ty Ija for the order. Macs untuk Ija ni pun tak semua menjadi. Tapi selamat untuk di buat hantaran, cuma yang buat makan2 je kena discount..hee....


Tajuk Yang Panjang

Salam santun semua,

Heee..kalau Jumaat je mesti kena salam santun okay...

Hari ni tak leh citer panjang-panjang sebab banyak operasi yang nak di jayakan. Just nak share order of the day, Vanilla Pavlova with cream cheese cream and strawberry sauce plus choc chip sprinkle and fresh strawberry and canned peach. Ha ...tu dia..sudah mari ayat power akak..wakaka....


Ok, tak yah lah di layan jiwa kacau ku ini. Layan gambar je lah..Opss...sebelum terlupa, tq to Cik Aiyun yang order Pavlova ini.
Time to merempit..heee..


Kanser Tahap 2???

Salam semua,

Patutlah sejak 2 ke 3 hari ni hati rasa tak tenteram je rupanya ada penyakit kronik. Haih...jenuh jugak duk mikir apa lah punca sebenornya..tetiba bila nak buat checkup biasa doktor cakap dah serius dah ni, kalau tak buat sekarang takut nanti merebak ke bahagian lain pulak lagilah rabak poket ku nanti.

Eh.eh..eh..jangan melatah, ini bukan entry bikin gempak tapi cuma nak kongsi cerita selingan yang dah take over jadual harian aku 2 ke 3 hari ni. Keta Nabira aku tu sakit lagi, semalam bawak gi jumpa dokternya cakap ada benda yang rosak tang injinnya. Patutlah rasa tak sedap je kalau drive, berat semacam dan bergegar2 sikit. Mulalah nak salahkan minyak Ron 95..hee...

Neway, lepas dah terbang duit mak beribu-ribu lemon, maka hari ni terus tak rasa macam bawak keta tapi macam bawa jet pejuang...senyap je tapi berdesup poinyer...hee....


Ok, citer pasal kek pulak. Minggu ni dapat 2 jenis order yang dah lama aku tak buat sebab kadar keremehannya itew. First order ni dari jiran sekampung Ina a.k.a jiran kembang setaman a.k.a tak de dah :) Dah lama jugak aku tak mengukis ni  tapi sian pulak sebab dah puas dia duk tanya kat kedai bakeri lah dan banyak tempat lain tapi takde yang boleh buat cookies bentuk rubber duckie ni. Since ni pun untuk aqiqah anak ketiganya..3 in a row power puff girl ni hee...aku on je.


Yang ni pulak kek lapis asam manis order dari en hubby punya colleaque untuk hantaran tunang kawan dia dan satu lagi untuk family kawan dia tu buat makan2. Baguih betui dapat kawan cam ni kan.

That's about it, ty girls for the orders.



Minggu Yang Spoil

Salam hujung minggu semua,

Urghh..weekend ni hati jadi tak tenteram je sebab insiden kat opis semalam. Hui..ni yang buat makin tak sabar nak gi belajar ni. Bosan betul kalau si Pua Chu Kang ni duk jaja nama kita untuk kepentingan dia. Geram..geram..geram....


Neway, kalau nak citer pasal opis ni 1001 malam pun tak habis dan menyakitkan hati je. So better not spoil the mood yang memang dah spoil pun ni. Order kali ni again dari Fana kakak Una, one of my loyal customer. Order yang sama  as usual - oreo cupcake with buttercream, royal icing and fondant.


Tapi kali ni ada tambahan, special untuk Una yang nak bertunang minggu ni. Alhamdulillah and tahniah to Una and Jey. Actually this is a surprise cuppies from Fana to Una.

Walaupun dah berkali2 si Una ni mengorder cupcake samada untuk dia atau adik beradik dia, tapi sampai kesudah kitorang tak pernah jumpa sebab selalunya adik beradik, mak ayah atau makcik pakcik dia yang datang ambik.

Neway, to Una, congratulations on your big day and thanks a zillion to you and your family for the extra and endless support.



Menghitung Hari




Salam semua,

Hari ni kira dah 3 hari kita jejak kaki ke bulan Jun kan. Maknanya 3 bulan dari sekarang aku sekeluarga akan berangkat ke angkasa lepas...he....ingat aku angkasawan ke? Seakansawan boleh ler....Kira 3 bulan lagi aku sekeluarga akan ke kota London selama setahun sebab aku gatai nak sambung belajar lagi. Itu pun kalau semuanya clear da water lah kat sini.

Kira dalam tempoh bertenang tu, kedai ni akan di tutup melainkan akak nak buat bisnes jual kek pulak kat London nanti..macam lah banyak sangat masa...

Sepanjang penutupan kedai ini sebarang update masih boleh diintai di SINI mahunpun di SINI. Kut2 lah rindu ker...macamlah ramai sangat nak rindu kat aku kan..hee..

Neway, lagi 3 bulan nanti kita nangis lah ramai2 yer. Hari ni just nak update yang order untuk bulan 6 ni :-

1. 6-10 Jun - FULL HOUSE SUDA....
2. 14 - 18 Jun - FULLY BOOKED SUDA....

Lain-lain date masih di buka untuk sbarang penyertaan..he...Tq uolls....


Wordless Wednesday #7



Related Posts with Thumbnails