Tidur pun mimpi macaron

Salam semua,

Oh I'm back on my feet again. Minggu ni adalah minggu paling mencabar sekali sebab minggu ni bertungkus-lumus menyiapkan order dari Noor yang nak macaron untuk buat doorgift adik dia kawin. Noor order 550 biji macaron ya. Ui..banyak tu dik non, bukan 55 biji, tapi 550 biji, bagi akak peniaga warung kecil-kecilan ni kalau dapat order lebih dari 100 tu kira massive giler lah kan.

Kali ni semua method aku guna, ada Italian, Swiss dan French Meringue. Hampir 120 biji telur jugaklah aku dah pecahkan. Tapi tu lah sebab akak ni bukanlah pro kan, sedangkan yang pro pun kengkadang ada jugak kalanya macaronnya tak menjadi, apatah lagi akak ni. Sebab tu memang saja dilebihkan putih telur tu untuk cover batch yang tak menjadi. Penat ayam bertelur kan??/


Neway, akhirnya setelah habis berpenat lelah, dapat jugaklah ku menyiapkan order Noor ni. Noor nak 100 biji untuk makan2 dan lagi 450 tu nak letak dalam bekas 3 sekawan untuk buat doorgift.


Time kasih lah kat Noor yang sudi dan percaya 100% aku mampu untuk buat macaron ni. Dah banyak2 method dan dah banyak kali memutar ada lah jugak macaron yang pelbagai rupa, ada yang licin, ada yang gebu, ada yang pakai skirt tinggi, ada yang pakai skirt kembang kat tepi, ada yang muka licin macam telur, ada gak yang berjerawat sikit macam bulan..hee..tapi Noor kata ok semuanya. Alhamdulilah. Bila terkenang saat nak buat macs ni rasa tobat dah tak nak ambik order. Tapi bila dah siap ni..hemm..mulalah..berderet lagi order menunggu minggu depan...hee....

Hari ni baru lah boleh tido sambil senyum...kalau tidak dalam tidur pun boleh mimpi macaron ni taw....ahaks...propa lah...
Last but not least, 50 pcs blueberry cheesetart untuk en hubby's potluck. Ni pun jenis suka cakap last minit, nasib baik laki sendiri, kalau orang lain memang dah kena reject. Tu pun sebab buat2 suara mintak belas kasihan.."I ada potluck esok ni...takpelah tak yah buat apa2, I beli je lah kuih2 esok pagi..U tak sempat dah kan nak buat apa2..?"..Ha...ayat memang tak boleh blah kan...Nasib baik aku ni superwoman..hee......



Related Posts with Thumbnails