I Love Macaron

Salam semua,

Ok, tak habis-habis lagi cerita macaron ni. Minggu ni nasib baik semua cik macs ni menjadi, Alhamdulillah. Kalau tak nangis lah mak. Dah lah order kali ni untuk buat wedding gift dan yang mengorder pun datang jauh dari Tambun nun.To Rin - my ex-Diploma mate, tq ya for the order. 




Last but not least tq to Fique my Batch mate pulak for another order. You girls just make my day :)

Sweet Macaron



Salam hujung minggu semua,

Dah mula cuti sekolah ni ramai lah yang ambik kesempatan bercuti panjang. Lega sikit jalan nak ke opis pepagi hee...Actually entry ni tak de kena mengena ngan cuti sekolah ke orang kawen pun. Macaron ni order dari Nadia from Kementerian Kesihatan. Ramai gak orang KKM yg order macaron ni, tak pelah diorang makan manis2 senang dapat ubat kut he...Tq Nadia for the order.







Ambik Kesempatan Sikit

Salam santun semua,

Santun lah pepagi Jumaat yang mendung lagi nyaman dan mulia ini kan. 

Ok, just another super quick update. Kek ni di tempah oleh Cik Nurul Izzati untuk majlisnya hari Sabtu ni kat Penang. Nurul ni tersangatlah kecik molek orangnya, masa memula nampak dia datang ingatkan budak lepas sekolah mana lah duk sengih2 dari jauh ni. Rupanya, ini lah tuan punya kek, takpe awet muda tuh macam ai lah jugak hee.....


Sebenarnya hampir terlupa dah ngan kek ni sebab masa dia tanya hari tu lepas tu terus senyap je. Tetiba awal minggu hari tu dia tanya ingat lagi tak dia punya order. Mula lah akak terkejut cipan kejap. Hi..nasib baik kosong lagi dik non, kalau tidak tak dapek ler jawabnya. 



So ni kira entri nak ambik kesempatan lah kan untuk buat pengumuman, kepada sesiapa yang order atau berhajat nak order, tolonglah confirmkan tempahan memasing ya dan lepas tu buat payment as instructed. From  now on order will only be proceed when I receive wither 50% or full payment. Sebab??? Ramai nau yang suka MIA pada hari kejadian. Ingat kita buat kek pakai ayaq liuq ka??? Dah tu kalau akak ni ada kedai kek takpelah jugak boleh ku jualkan je kalau yang order tu tak ambik keknya tak gitew??? Jadi, sebarang kesulitan amatlah dikesali, ternyata akak lagi sulit dik non...

Ok, cukup ler tu..super quick lah sangat hapdetnyer....hee...


Drama Lagi Hari Ni

Wah minggu ni kira marathon lah aku membaking kek. Tiap2 hari kena bakar kek. Kali ni buat pop kek untuk Eena my ex-schoolmate untuk sambutan Besday dia kat opis. Eena nak choc pop cake with choc ganache dan red velvet with cream cheese pop cake dan aku salut dengan white choc kaler pink nih.

Aku memang penat sesangat, sambil menyalut kek ni, mata duk melilau gak kat oven yang tengah duk membakar macaron aku tuh. Hampeh jugak kali ni banyak gak yang sangkut. Tu yang lagi menambah letih tu.


Neway, ingat drama bakar kek dah habis rupanya time nak ambik kek pun drama, aku tunggu kat Utara, Eena gi kat tengah, aku naik atas pastu turun balik gi kat Tengah, dia gi Utara. Udahlah macam Charlie Chaplin jadiknya. At last, nasib baik jumpa gak walaupun still terlajak ke depan. He....


Wordless Wednesday #6





Kelas Whoopie Pie

Akhirnya, setelah beberapa minggu ber sms dengan Kha ni, maka jadik jugak lah dia datang nak belajar buat Whoopie Pie ni. So modul kali ni Kha belajar buat Chocolate Whoopie Pie with Peanut Butter Filling dan Red Velvet Whoopie Pie with Cream Cheese Filling.

Kha ni student Master kat UPM and tengah cuti semester yang panjang. So masa terluang ni dia rajin lah jugak attend kelas2 baking membaking ni. Hmm..memang sesuai jadi calon menantu nih. Dia datang berteman tapi kawan dia duk lepak je lah. Nasib baik kelas ni tak lama macam kelas macaron.
As usual ni kira kelas teori dan praktikal, so semua kena buat sendiri. Cikgu tunjuk memula je.


Dah boleh senyum panjang hee :) Hilang semua penat. Lepas ni turn cikgunya pulak nak bersilat kat dapur nak memacaron pulak.


Tertangguh Lagi

Salam semua,

Just a quick update. Actually entry ni pun dah few days tertangguh sebab tak kecukupan masa walaupun sehari ada 24 jam tapi 24 jam sekarang macam 24 minit je. Kelip2 mata dah setengah hari..tipu lah tu kan. Tapi macam tu lah umpamanya.

Kek hantaran ni di order oleh sedara-mara kepada sedara maraku jua kiranya. Tema kaler nak light brown, maroon dan fushia. Tang kaler fushia tu agak payah sikit nak cari so kenalah bancuh sendiri. Nasib baik belajar pendidikan seni masa sekolah dulu, dapat lah jugak ala2 kaler fushia tu.




Anyway, tahniah kepada yang melangsungkan perkahwinan semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa, InsyaAllah. Amin...


Siang ke Malam, Malam ke Siang

Salam semua,

Wah semalam memang hari penat sedunia dari siang sampai ke tengah malam. Nasib baik boleh lagi bukak mata bangun pagi ni, kalau tidak mau ada yang kena ponteng sekolah :)

Anyway semalam sempat menyiapkan Red Velvet Cupcake untuk Suzana yang nak tema purple untuk tester dulu sebenarnya sebelum tempahan besar-besaran bulan 6 nanti. Well, since masa pun sungguh mencemburui diriku maka dapat buat design suam-suam kuku je Suzana. Hi..nasib baik dia suka :)



Sambil menyiapkan cupcake tu sempat juga lah menyelit buatkan Choc Chip Cookies ni untuk si tecik Lissa untuk potluck sempena Hari Guru kat sekolah dia pagi ni. Ini memang last minit sebab tetiba je sekolah sms cakap ada potluck pagi ni so cookies ni je yang paling mudah untuk si Lissa tu bawak. Takkan nak suruh bawak kek kan, mau ada yang tak rupa kek bila sampai sekolah nanti, tak pun tertinggal terus dalam van. Rezeki Pak Wan drebar ler jawabnyer.


Macam-Macam Ada

Salam semua,

Semalam dapat order dari adik-beradik loyal customer ku again. Order kali ni masih sama seperti biasa, nak oreo cupcake cuma toppingnya agak pening sikit. Ada yang nak macam selalu which is buttercream and royal icing. Pastu ada lak nak yang texture keras tapi lembut which I guess fondant lah kan. Pastu ada lak yang nak icing semua tak mau campur buttercream..kira diorang ni memang sweet tooth giler lah kan. Last2 lepas dah naik poning akak di buatnya dapat lah conclusion -  nak mix, ada royal icing, buttercream dan fondant. Suka hati lah nak :) Anyway, thank you for the endless support.


Macaron Special

Salam semua,

Minggu ni as usual sibuk menyediakan macaron dan kali ni ada spesel request dari customer nak macaron black and red. Memula takut jugak tak jadi sebab ye lah nak menjadikan kaler merah menyala tu kena letak lebih sikit colournya. Macaron ni kan ala2 manja, kang terlebih cecair mulalah tersentap. Tapi nasib baik menjadi, mau lah dia bangun pakai skirt hari ni.

Kengkadang pelik jugaklah perangai si macs ni, walaupun dalam satu adunan yang sama tapi ada yang menjadi elok, ada yang tak mau bangun2. Macam kali ni first few batches semuanya ok, the last few tu macam tersentap sikit. Letih tul.





 Ini pulak untuk Birthday present. Filling cuma nak mint dan lemon curd saje. Btw, lemon curd bila sandwich dengan macs yg manis ni memang heaven sebab rasa masam lemon tu bila campur dengan manis macs tu memang ngam.

Ini pun spesel request untuk Birthday kawan and buat spesel delivery. 


Apasal Tak Boleh Update Ni???

Salam semua,

Tetiba Blogger not available lah pulak semalam, terus terbantut hasrat nak hapdet blog. Terus hilang sume skrip dalam kepala ni..cewah...macamlah banyak sangat benda nak tulis.

Btw, cuma nak hapdet Delectable Sweet Treat hari ini adalah Vanilla Pavlova with Peach and Rasberry, Blueberry Cheesecake dan Kek Pujaan Hati seperti selalu Snickers Cheesecake. 

Vanilla Pavlova dan Blueberry Cheesecake ni untuk Jamuan kecil-kecilan kat opis sempena salah seorang Pegawai kat Unit aku nak bertukar. Lagi pun dah lama sebenarnya berhajat nak buat makan-makan ni cuma tak pernah berkesempatan je. 

Anyway, review Pavlova ni memang sangat memberansangkan. Memang delectable.


 Vanilla Pavlova. Nak resepi boleh tengok kat SINI nanti ya. (Kalau takde lagi maknanya belum hapdet ler)

 Blueberry Cheesecake


Snickers Cheesecake pulak anak buah aku Cik Keylaness yg order.




Wordless Wednesday #4



My Loyal Customer

Salam semua,

Hmm...kalaulah ada anugerah pelanggan paling setia, aku nak bagi pada Una ni sebab dari dulu sampai sekarang kira diorang adik beradik ni dah jadi pelanggan paling setia lah. Bukan setakat tu je, setiap kali order pun, dia akan order benda yang sama.

Mesti nak oreo cupcake dengan sugar icing. Cuma kali ni ada tambahan nak rasa macaron pulak. Kali ni aku buat french macaron. As I said before, antara Italian dengan French Macaron ni Italian lebih stable dan cantik shellnya cuma renyah sikit kaedahnya dan kalau untuk order sikit2 ni aku prefer buat french method ni.

Disebabkuan cuaca sekarang agak panas so memang effect pada egg white aku ni so aku rasa kali ni shellnya tak berapa cantik dan agak mendap sikit. Itu lah susahnya nak buat macaron ni sebab tu harga dia memang mahal sebab belum tentu menjadi setiap kali kita buat.


Kek Pelbagai Acara

Salam hujung minggu semua,

Nampaknya demam cheesecake melanda semula. Hari ni je, 3 bijik cheesecake orang order. Yang ni Oreo Cheesecake untuk kawan dari zaman sekolah menengah dulu Eena. Ni kira kek pelbagai acara ni sebab memula nak letak Happy Birthday to Zainal & Han's Girl. Pastu nak tambah Happy Mother's Day sekali.






Anyway, tq to Eena, demam2 pun sampai jugak ambik kek. Btw, dalam gambar ni Eena ngan kak Ani, Kak Rin, Wawa dan mak Eena.

Ha yang ni pulak Snickers Cheese Cake order dari Linda kawan Cik DD yang memang selalu sangat order kek ni. Tq2 Cik DD ye yang selalu jadi introducer..hehe...




Happy Mother's Day


Selamat Menyambut Hari Ibu semua,
When thinking of baking something special for mothers (as for me my mom and my in law - both are wonderful woman), I want to make it really special and different. Finally I decided to bake this Opera Cake. It's a layer cake with mocha and chocolate ganache spread in between layers alternately. The process is tedious to me and delicate just exactly like a mother's heart. Some people say a mother's heart is the child's playground. Well, maybe the saying is true. A mother's heart is so delicate, it hold a lot of feelings inside it.



Since I've never bake an Opera cake before, I just want to give it a try. Maybe for others it was simple, but for me it is so delicate to handle. See..I've been repeating the same word means it's really a delicate process to me but it's worth every single time and ingredients.



The result is outstanding. The joconde cake is awesome, it taste almost like a tiramisu but richer as it has the mixture of mocha and chocolate ganache. Above all it is a recommended cake for today's special ocassion.

Related Posts with Thumbnails