Ambik Kesempatan Sikit

Salam santun semua,

Santun lah pepagi Jumaat yang mendung lagi nyaman dan mulia ini kan. 

Ok, just another super quick update. Kek ni di tempah oleh Cik Nurul Izzati untuk majlisnya hari Sabtu ni kat Penang. Nurul ni tersangatlah kecik molek orangnya, masa memula nampak dia datang ingatkan budak lepas sekolah mana lah duk sengih2 dari jauh ni. Rupanya, ini lah tuan punya kek, takpe awet muda tuh macam ai lah jugak hee.....


Sebenarnya hampir terlupa dah ngan kek ni sebab masa dia tanya hari tu lepas tu terus senyap je. Tetiba awal minggu hari tu dia tanya ingat lagi tak dia punya order. Mula lah akak terkejut cipan kejap. Hi..nasib baik kosong lagi dik non, kalau tidak tak dapek ler jawabnya. 



So ni kira entri nak ambik kesempatan lah kan untuk buat pengumuman, kepada sesiapa yang order atau berhajat nak order, tolonglah confirmkan tempahan memasing ya dan lepas tu buat payment as instructed. From  now on order will only be proceed when I receive wither 50% or full payment. Sebab??? Ramai nau yang suka MIA pada hari kejadian. Ingat kita buat kek pakai ayaq liuq ka??? Dah tu kalau akak ni ada kedai kek takpelah jugak boleh ku jualkan je kalau yang order tu tak ambik keknya tak gitew??? Jadi, sebarang kesulitan amatlah dikesali, ternyata akak lagi sulit dik non...

Ok, cukup ler tu..super quick lah sangat hapdetnyer....hee...


2 comments:

Unknown said... [Reply to Comments]

nice :)

Anna said... [Reply to Comments]

Tq Kak Min,

honoured ni pakar kek dtg komen kat sini :)

Related Posts with Thumbnails