Siang ke Malam, Malam ke Siang

Salam semua,

Wah semalam memang hari penat sedunia dari siang sampai ke tengah malam. Nasib baik boleh lagi bukak mata bangun pagi ni, kalau tidak mau ada yang kena ponteng sekolah :)

Anyway semalam sempat menyiapkan Red Velvet Cupcake untuk Suzana yang nak tema purple untuk tester dulu sebenarnya sebelum tempahan besar-besaran bulan 6 nanti. Well, since masa pun sungguh mencemburui diriku maka dapat buat design suam-suam kuku je Suzana. Hi..nasib baik dia suka :)



Sambil menyiapkan cupcake tu sempat juga lah menyelit buatkan Choc Chip Cookies ni untuk si tecik Lissa untuk potluck sempena Hari Guru kat sekolah dia pagi ni. Ini memang last minit sebab tetiba je sekolah sms cakap ada potluck pagi ni so cookies ni je yang paling mudah untuk si Lissa tu bawak. Takkan nak suruh bawak kek kan, mau ada yang tak rupa kek bila sampai sekolah nanti, tak pun tertinggal terus dalam van. Rezeki Pak Wan drebar ler jawabnyer.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails